Sunday, September 13, 2009

MUHASABAH RAMADHAN

Salam sejahtera buat semua pengunjung JS. Dah lama tak meng’update’ blog dek kerana masa yg alwaiz padat dgn aktiviti. Semoga segala penat lelah dipandang oleh Allah s.w.t dengan pandangan kasih dan sayang-Nya dalam mengejar kebahagiaan dunia menuju kebahagiaan akhirat.

Akhir2 ini agak ramai pelanggan yang mengunjungi DMC hingga tak cukup tangan nk melayan semua pelanggan. Yess..hari ni paling best, rasa release n free sket coz x ramai pelanggan. so nk amik peluang untuk cerita sumthin'.. just summarize..heheh..

Cerita pertama: pada 11 hb 9 baru2 ni, jam 1.15 tgh hr(waktu rehat la ni)..tetiba ada panggilan telefon. ooh..rupanya pelanggan nk cari produk HPA n Muslim choice.. dengar suara agak garang di talian, "kedai bukak x hr ni?" ohh..kedai bukak hari ni kak, tp skrg waktu rehat, staf tgh rehat n solat.. akk dtg pukul 2 yer.."byk2 kasut kat dpn pintu ni xkan xleh bukak kot..alang2 saya lalu depan nih". em..bukan mcm tu kak.. ini je masa staf nk rehat, biasa kat mana2 kedai pun masa ni mmg tutup kak.. "nak menjual ke x ni?kalau xnk saya beli kat kedai lain"..talian dimatikan..x semena2 nk marah org..ikutkan hati hendak je me'laser'kan mulut dgn ayat2 power..tp cepat2 rasionalkan semula.sabar2..saya puasa, pujuk hatiku..nk dijadikan cerita plak, ada plak yg marah saya coz x jg hati customer..ohh..tidak, bukan xnak jaga hati customer, tp xnk biasakan dorg dtg pada waktu x sesuai.. masa 1jam tu memadai utk saya bersolat n rehatkan fikiran setelah penat melayan pelanggan yg dtg. aduii..mcm2 kerenah pelanggan ni, kita plak yg dimarahnya.kelakar plak bila fikir balik--

Cerita ke-2: Pelanggan lelaki
"Awak, kul 1 td saya pggil awak x dengar ke?penat sy dtg td, kne dtg balik".. Oh yeke.mmg xdengar coz pintu kalis suara.. lagipun jam 1 saya xde kat kaunter..encik yg dtg smlm kn, hr ni nk beli ape.."saya nk beli 'ayaq' sarsi & kola, bedak n pencuci pinggan.."(org terengganu, tapi loghat utara) ok, skjap ye..erm, ni brg encik, RM 22.70..Then customer tu bg Rm50.."em..keep the change, tp kne bg no.telefon"..eh..apsal plak? ni baki RM27.30 saya jual.."em saya beli..awak dah bertunang ke?" aik..byk tanya la pulak.. saya da kawin pun.sambil beredar sempat lagi dia bertanya, "dah ada anak ke?"saya tersenyum sendiri melihat gelagatnya--

Memang benar, Ramadhan mendidik hati, alhamdulillah rasa lebih tenang berada di bulan ini..Hari2 terakhir dalam ramadhan, hanya tinggal kurang seminggu, moga2 ada kesempatan lagi untuk bertemu Ramadhan akan datang.. Lagu UNIC ni penulis tujukan buat semua pengunjung2 JS..Hayati ia dengan keinsafan. Masih belum terlambat utk muhasabah diri.. tanya pada diri adakah kita telah mengambil watak hamba dalam lakonan kita di pentas dunia ini.. Ya Allah, ampuni dosa kami jika kami tersalah.kami mohon pada-Mu kuatkanlah kaki kami utk terus melangkah dijalan dakwah ini, tetapkan hati kami dalam perjuangan dimana sahaja kami berada.. Kurniakan kami hati yg lunak dalam mengingati-Mu..Amin

Muhasabah Ramadhan oleh UNIC

Hari raya hari kemenangan
Hari kesyukuran dilimpahi kemuliaan
Di lipatan seni mehnah Ilahi
Ada maksud murni yang lebih hakiki

Pada nafsu yang dilenturkan lapar dahaga
Pada fikiran disinar wahyu dan sabda
Pada hati bersih di solat tarawih
Apakah kesemuanya telah dimiliki

Puasa mengajar erti ketabahan
Menghadap ujian berlandaskan iman
Puasa perisai yang sangat maknawi
Penyingkap hijjab antara hamba dengan Ilahi

Puasa sempurna menahan rohani dan rasa
Puasa sederhana menahan
Indera dan juga anggota
Puasa biasa hanya melawan
Lapar dan dahaga
Lalu di manakah puas kita
Adakah masih ditahap lama

Lalu muhasabah di hujung Ramadan
Sudahkah terbangun jiwa teguh dan kukuh
Atau kolam jiwa masih tercemar keruh
Oleh sembilu dosa dan duri angkara

Ketika bertahmid, bertakbir, bertasbih
Terasa kita hamba Ilahi
Yang hanya mampu mengukir takbir
Sedangkan padaNya segala takdir
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar
Allahuakbar walillahilhamd

No comments:

Post a Comment