Wednesday, September 16, 2009

Muhasabah Cinta...

Alhamdulillah...
Allah masih pinjamkanku nikmat usia hingga ke saat ramadhan 27 ini.Apakah masih sempat untukku mengecapi Ramadhan 27 akan datang. Aku mohon pada-Mu ya Rabb, pemilik nyawaku agar ramadhan berbaki ini dapat ku isi sebaik mungkin dalam mencari redha-Mu. Sakit yang ku alami pada hari ini mungkin lantaran dosa yang kulakukan, aku tak mampu menanggung ujian ini bersendiri tanpa-Mu ya Allah.

Moga kesakitan ini mampu mengubati kekhilafan hamba yang hina ini. Hari ini meninggalkan kesan buat diriku bahawa kehidupan umpama pentas sandiwara. Adakalanya gembira, suka, ketawa dan ada kalanya sedih, menangis, pilu semua ini memberikan satu makna bahawa hidup ini tidak lepas dari mengharapkan kasih dan sayang Ilahi. Moga tidak ditinggalkan aku sendirian dalam kesedihan tanpa haluan.

ya Allah, aku bermohon moga aku ditempatkan di kalangan hamba-Mu yang sabar.

No comments:

Post a Comment