Friday, July 31, 2009

D'halal Muslim Centre sebelum renovate..

1 Ogos 2009 merupakan tarikh bermulanya proses renovation pada D'Halal Muslim Centre (DMC) yang membekalkan produk2 halal kepada pelanggan2 seluruh Kuala Terengganu. D'halal yg bertempat di Kg. Durian Burung, Jalan Kelantan, Kuala Terengganu, Terengganu membekalkan produk2 antaranya HPA, Hiraq, produk Tok Guru dan Halagel.
Pandangan dari luar.. T-shirt muslimah also available here..
Banner HPA yg digantung di sebelah kiri pintu

Produk makanan & minuman berasaskan herba..
Crowded..barang lebih byk daripada space yg ada..
Selain menyediakan produk halal, DMC turut menyediakan khidmat nasihat berkaitan kesihatan kepada pelanggan2
  • Semua produk keluaran HPA boleh didapati disini..
  • Produk keluaran Hiraq yg ada antaranya Susu kambing, Hiraq Karmila, Qhawwi, Jeli gamat dll.
  • Produk Tok Guru antaranya Wardina, Kismis, Abqari, as-Syifa', Pelembut hati dan Jus Tok Guru.

InsyaAllah selepas renovation ini, kami akan menyediakan lebih banyak lagi khidmat2 lain seperti bekam, acupuncture, diagnos tapak tangan dan mata serta kiro terapi.. Wallahua'lam.

Rahsia Pemakanan Genius Islam

Formula pemakanan genius-genius Islam silam yang menjadi rahsia keajaiban daya intelek mereka. Formula ini terpendam di dalam kitab-kitab tradisional dalam bahasa Arab. Tersembunyi dari pengetahuan orang Arab dan umat Islam sendiri. Namun akhir-akhir ini ada usaha-usaha untuk mengetengahkan kembali kepada umum. Sekarang semacam ada kecenderungan di kalangan ilmuan Islam dan bukan Islam untuk mengkaji dan menguji keabsahan formula ini. Ini didorong oleh penemuan - penemuan saintifik yang membuktikan kebenarannya, khususnya terhadap susu, madu dan telur. Berikut adalah formula pemakanan genius - genius Islam yang telah terbukti berupaya meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya ingatan :

1) MADU
Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafkannya sebagai “shifa’” iaitu penyembuh penyakit. Manisan madu digelar “Raja Ubat”, dapat menyembuh kebanyakkan penyakit. Ia adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu. Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassium (kalium), kuprum, silika, klorin, mangganese dan belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan fizikal-mental. Rasullullah s.a.w bersabda, “Siapa ingin hafal, hendaklah ia minum manisan madu”. Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit - penyakit mental di mana ia boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat.
CARA MINUM :
2 sudu teh pada waktu pagi dan malam.PANTANG : Jangan makan tembikai semasa menggunakan madu. Sangat merbahaya!

2) KISMIS
Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir.
CARA MAKAN
:i)Menghadap Kiblat
ii)Baca “Bismillah” dan selawat ke atas nabi (3 kali)
iii)Baca doa penerang hat
iiv)Makan secara kemam seperti makan gula-gula. Tidak berkesan jika dikunyah seperti makan kacang.
v)Makan sebiji-biji sebanyak 21 biji setiap hari.

3) SUSU SEGAR
Susu berguna untk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu adalah makanan yang paling lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi enam kelas makanan yang amat diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat, lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air. Ia berkhasiat untuk merawati kesihatan umum dan merupakan penawar kelupaan yang berkesan. Rasullullah s.a.w menerangkan susu boleh menguatkan belakang, menambahi akal, memperbaiki penglihatan dan menghindari penyakit lupa. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri - biri dan lembu yang segar. Susu hidup lebih berkhasiat dari susu debu.
CARA MINUM :i)Sekurang-kurangnya segelas pada sebelah pagi dan malamii)Baca “Bismillah” dan doa minum susu seperti yang dibaca oleh Rasullullah s.a.w
4) TELURBermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli - ahli kesihatan mengakui ia merupakan makanan yang lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air, choline dan bahan ekstraktif. Sabda Nabi s.a.w, “Sesungguhnya seorang nabi a.s mengadu kepada Allah (kerana dia)lemah badan. Maka Allah s.w.t memerintahkannya supaya memakan telur”. Telur terutama telur kuning, berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda sekaligus. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.

5) HALIA
Ianya sangat mujarab untuk gejala kelupaan. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halua. Halua ialah halia yang dijadikan manis - manisan dengan merebus dan mencampurkannya dengan gula.
CARA MAKAN : Dimakan sedikit sahaja pada waktu pagi.

6) LIMAU OREN
Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah kekuatan fikiran menurut hadis Nabi s.a.w. Limau - limau jenis lain juga elok untuk diamalkan.

7) BUAH DELIMA
Untuk penerang hati. Sabda Nabi s.a.w, “Barangsiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari.”

8) DAGING BURUNG MERPATI
Ianya banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan Melayu dahulukala. Ia mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak - kanak. Kaedah ini sangat popular dan berkesan. Kanak - kanak yang diberi telur burung merpati didapati dapat bercakap lebih awal dari kebiasaannya.

9) OTAK AYAM
Boleh dibuat sup dan dicampur dengan halia. Otak ayam yang segar juga boleh dibuat penawar sementara bagi gigitan ular. Perlu diamalkan memakannya.

10) DAGING AYAM
Berbanding dengan semua jenis daging, ayam dianggap mengandungi kadar zat pemakanan yang paling tinggi. Daging ayam betina dara terutamanya berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah. Abu Musa r.a meriawayatkan bahawa Nabi s.a.w memakan daging ayam betina.

11) DAGING BIRI-BIRI
Menambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat serta dapat meningkatkan kekuatan hafazan.

12) HATI
Terutamanya hati ayam dan lembu. Mengandungi pelbagai jenis vitamin dan bermanfaat untuk kesihatan mental dan fizikal.

13) KEKACANG
Beberapa jenis kacang seperti gajus, berangan, kacang soya, pistachio dan lain-lain. Kacang pistachio dipercayai sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutamanya kanak-kanak. Memakan kacang pistachio merupakan amalan pemakanan seorang pelajar genius berbangsa Melayu yang tinggal di Melaka. Kekacang mengandungi nilai protein yang tinggi.

14) BUAH BADAM
Untuk meningkatkan kecerdasan.

15) ZA’FARAN : KOMKOMA (CROCOS SATIVUS)
Sejenis bahan berambu merah. Dimakan sedikit sahaja. Dijual di kedai-kedai runcit India dan sesetengah kedai runcit Melayu.

16) KEMENYAN PUTIH (kemenyan serani/luban/kundar)
Ditumbuk halus-halus dan dimakan dengan gula.

17) BUNGA KUBIS
Terdapat sejenis asid amino untuk tenaga mental.

18) BUNGA CENGKEH
Ditumbuk sehingga halus lalu diamakan sedikit sahaja.

19) LABU
Berfaedah menambahkan keupayaan fikiran dan akal. Sabda Nabi s.a.w., “Makanlah labu kerana ia mencerdaskan akal”. Baginda juga berkata, “Jika kamu membuat sup (atau kuah), dianjurkan memasukkan labu ke dalamnya kerana ia menambahkan kemampuan fikiran dan akal.

20) BUAH KEDEKAI (MAJALAWI)
Menguatkan hafalan dan menguatkan kekuatan badan.

21) MINYAK SAPI
Dimakan terus atau dicampurkan dengan masakan dalam kuantiti yang kecil.

22) SAYUR-SAYURAN DAN BAUH-BUAHAN SEGAR
Juga membantu meningkatkan akal dan memori serta mengekalkan kesihatan. Biiznillah..

Untuk posting kali ni, fakta yg sahih di'highlight'kan dgn tulisan merah. Penulis masih berusaha mencari fakta berkaitan perkara 8, 9, 10, 11, 12, 16, 17, 18, 20 dan 21. Penulis mengalu2kan sebarang komen dan perkongsian daripada pengunjung2 JS. Wallahua'lam.

Thursday, July 30, 2009

Jaga waktu solat!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pengunjung2 JS.. Semalam penulis terbaca 1 artikel yg agak menarik untuk dikongsikan. Really2 interesting info...
Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tida k asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur.Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar s uda h mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu .). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita ;)Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar t ida k berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya.


Kredit kepada penulis asal artikel ini.

Monday, July 27, 2009

Syaaban kini.. Ramadhan menanti..

Rasulullah saw telah bersabda yang bermaksud:
“Tahukah kamu sekelian, mengapa dinamakan bulan Syaaban? Maka umatnya menjawab: Hanya Allah dan RasulNya yang lebih mengetahui.”
Baginda meneruskan sabdanya: “Kerana di dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali.” (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama).

KEUTAMAAN SYAABAN:
Allah swt mengangkat darjat orang yang menghidupkan bulan ini dengan amalan ibadat. Allah juga banyak mengurniakan rahmat kepada hambaNya. Rasullah bersabda yang bermaksud: “Allah mengangkat amalan-amalan semua hambaNya pada bulan ini.”
Orang yang membesarkan bulan ini dengan beribadat, akan terpelihara dari maksiat. Taubatnya diterima juga terselamat dari mara bencana pada tahun berkenaan. Sabda Rasulullah saw lagi yang bermaksud: “Barang siapa yang membesarkan Syaaban dan bertakwa kepada Allah swt serta taat dan juga menahan diri daripada maksiat, Allah akan mengampuni dosa-dosanya dan menyelamatkannya daripada segala bencana yang berlaku pada tahun itu, juga daripada sakit-sakit.”

Kasih dan ketaatan orang yang beribadat pada tahun itu terhadap Allah akan kekal. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: “Barangsiapa yang menghidupkan malam dua hariraya dan malam pertengahan bulan Syaaban, maka hatinya tidak mati biarpun semua hati mati ketika itu.”

Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim daripada Saidatina Aisyah Radhiallahuanha, dia telah berkata yang bermaksud: “Adalah Rasulullah saw sering berpuasa hingga kami menyangka bahawa Baginda berpuasa berterusan dan Baginda sering berbuka sehingga kami menyangka bahawa Rasulullah akan berbuka seterusnya. Aku tidak pernah melihat Rasulullah berpuasa sebulan penuh kecuali pada bulan Ramadan dan aku tidak pernah melihat Rasulullah berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak dari puasanya di bulan Syaaban.”

Nabi saw pernah bersabda yang bermaksud: “ Keutamaan bulan Syaaban ke atas bulan-bulan yang lain adalah seperti keutamaan aku di atas semua nabi-nabi yang lain, sedangkan keutamaan bulan Ramadan ke atas semua bulan yang lain adalah seperti keutamaan Allah Taala ke atas makhlukNya.”

APAKAH AMALAN YANG WAJAR DILAKUKAN DI BULAN SYAABAN?

1. Memperbanyakkan puasa sunat:

i. Dalam Kitab Durratun Nasihin dinyatakan bahawa Rasulullah saw bersabda bermaksud: “ Sesiapa yang berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban, tiga hari pertengahannya dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah swt mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti beribadat tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka matinya seperti orang mati syahid.”
ii. Jika berpuasa sehari dalam bulan Syaaban akan diharamkan tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi taulan nabi Yusof di dalam syurga. Diberi pahala seperti pahala nabi Ayub dan Nabi Daud.
iii Jika berpuasa sebulan pada bulan Syaaban, dipermudahkan Allah kepadanya Sakaratulmaut dan ditolaknya (terlepas) daripada kegelapan dalam kubur, dilepaskan daripada huru-hara Mungkar dan Nangkir, ditutup keaibannya di akhirat nanti dan diwajibkan syurga baginya.
iv. Sesiapa yang berpuasa pada awal Khamis di bulan Syaaban dan akhir Khamis (juga dalam Syaaban) dimasukkannya dalam syurga .(Hadis Rasulullah yang dipetik dari kitab al-Barokah.)
v. Rasulullah saw turut bersabda yang bermaksud: “ Dinamakan Syaaban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak dan puasa yang lebih afdal sesudah Ramadan ialah puasa bulan Syaaban.”

2. Perbanyakkan doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah saw:

Sabda Nabi saw yang bermaksud: “Barang siapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertakwa kepada Allah, taat kepadaNya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah swt akan mengampuni segala dosanya dan menyelamatkannya pada tahun tersebut dari segala macam bencana dan penyakit.” (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa’izhin)

3. Bertaubat:
Bulan Syaaban merupakan bulan untuk kita memperbanyakkan taubat kepada Allah swt.

MALAM NISFU SYAABAN:
Malam 15 Syaaban lebih dikenali sebagai malam Nisfu Syaaban.
Pada malam ini umat Islam sangat-sangat disarankan untuk memanfaatkannya kerana malam ini penuh dengan rahmat dan doa sangat mustajab. Justeru umat Islam disaran untuk menghidupkan malam ini dengan membaca surah Yassin sebanyak tiga kali selepas solat maghrib.


Sunday, July 26, 2009

Demo 1 Ogos: Terbukti Perkasa tak ikhlas


TARIKH 01 Ogos telah dipilih oleh GMI serta beberapa NGO dan pertubuhan politik yang bencikan Akta ISA untuk mengadakan perhimpunan membantah akta zalim tersebut. Perhimpunan aman tersebut dijangka akan menuju ke Istana Negara bagi menyampaikan memorandum bantahan kepada Ke Bawah Duli YMM Tuanku.


Tiba-tiba terasa sakit dan membusuk pula dihati Presiden Perkasa, Ibrahim Alkataki untuk turut sama berarak dan Justify Fullberhimpun pada tarikh yang sama tetapi mempunyai niat yang berbeza.Kumpulan Perkasa yang kononnya bersama `jutaan' rakyat dan NGO yang `menyembah' Akta ISA ini akan berarak ke Istana juga. Itu kita tidak kisah, tetapi apa yang diperkatakan oleh raja katak Ibrahim ini adalah bahawa Perkasa akan tetap berarak dan tidak menolak kemungkinan berlakunya kekecohan nanti sekiranya pihak berkuasa membenarkan perhimpunan penyokong-penyokong yang ingin memansuhkan Akta zalim ISA itu.


Sila baca di http://himpunanmansuhisa.wordpress.com/. Jelas terbukti, bahawa Perkasa tidak ikhlas di dalam perjuangannya untuk mengekalkan akta zalim tersebut. Perkasa berhimpun dan memilih tarikh yang sama semata-mata untuk memberi amaran kepada pihak berkuasa agar melarang kumpulan penentang Akta Isa ini dari berhimpun. Jika Perkasa ikhlas, mengapa raja katak Ibrahim ini tidak sahaja bersama-sama GMI untukmemberi jaminan kepada pihak berkuasa bahawa kedua-dua perhimpunan tersebut akan berjalan secara aman? Kemudian, bersama-samalah kita berhimpun dan kita lihatlah nanti berapa juta rakyat Malaysia yang mahu mengekalkan undang-undang `Taghut' tersebut?


Ibrahim Alkataki tidak perlu menyusahkan Perkasa yang dipimpinnya semata-mata untuk mengampu Umno/Bn. Raja katak ini sanggup memalukan Perkasa asalkan beliau dilihat lebih Umno dari Umno. Tidak perlu raja katak memberi amaran berlakunya huru hara, kerana yang berhimpun di pihak GMI adalah mereka yang tidak suka kepada keganasan, justeru itu mereka berhimpun untuk menuntut keganasan Akta ISA ini dihentikan. Tetapi, sekiranya Perkasa hadir untuk menguji kumpulan yang menentang Akta ISA ini, siapa berani beri jaminan huru-hara tidak berlaku?


Oleh yang demikian, kita berharap agar raja katak berfikirlah berjuta kali jika sekadar berhimpun untuk menguji pihak lain. Berfikirlah secara matang sebagai ahli politik dan buangkan lah sikap dengki dan busuk hati itu. Cukuplah maruah raja katak teramat hina sekarang kerana masih memakan gaji dan elaun dari pengundi yang tidak lagi redha kepada beliau. Tidak serikkah dengan malu yang beliau terima di Manek Urai? Jangan ditambah lagi muka yang tebal itu untuk menjadi lebih tebal lagi.

Mansuhkan ISA!!

Jom pakat gi ramai2..

Jom kita bina semangat 1 Islam.. Bukan 1 Malaysia.. Kita nk menyatukan hati2 seluruh umat di bumi, bukan di Malaysia je.. Justice for Ummah!!! Kepada yg berpeluang utk pergi ke perhimpunan tersebut, selamat berjuang penulis ucapkan.. kepada yg tidak berkesempatan utk bersama2, jgn lupa iringi doa anda bersama kepergian sahabat2..

Aduhai Hati...


Bismillahirrahmanirrahiim....
Ibnul Qayyim Al-Jauziyah :
“Barang siapa yang menginginkan hati yang bersih, hendaklah ia lebih mendahulukan Tuhannya berbanding syahwatnya. Karena hati yang 'terpaut ' oleh syahwat tertutup dari Allah sesuai dengan kadar 'Keterpautannya' dengan syahwat itu. Hati adalah ' wadah' Allah di atas bumi-Nya. Maka hati yang paling di cintainya adalah yang lebih 'tinggi' ( kadar kesuciannya) lebih keras ( kuat ) dan lebih bersih. Jika hati itu di beri makan dengan ' dzikir' , di siram dengan tafakkur dan di bersihkan dari cela , ia akan ( mampu ) melihat berbagai keajaiban dan akan di ilhami oleh hikmah..

Wallahua'lam..

Saturday, July 25, 2009

Roadshow Nisa' ke Dun Batu Buruk 24 Julai 2009

Salam ceria buat pengunjung2 JS yang setia.. Sedikit perkongsian pengalaman untuk tatapan bersama..
K.Nurul (MC) dan K.ton.. Syukran atas komitmen..
K.daa (Ketua UKJ) memberi taklimat ringkas berkaitan Nisa' dan peranan

Pengisian pembukaan dari bonda (Ketua Muslimat Kawasan Kuala Trgnu)

Soalan silang kata melibatkan pengetahuan am ttg Nisa' dan sejarahnya..

Kumpulan berenang dengan lagu tema "Pesan kakak"

Kumpulan Berkuda dengan lagu tema "Gemuruh"..

Kumpulan memanah dengan lagu tema "Kau Boleh!!"
Unit Kerjaya (UKJ) Nisa' Terengganu

Dari kiri: Ika, k.jida(3N) dan k.daa

Program bermula jam 3ptg dan berakhir jam 5.30 petang.. Alhamdulillah atas sambutan yang menggalakkan daripada peserta dan syukran jazilan kepada wakil2 Muslimat yang memeriahkan suasana.. Jumpa lagi pada roadshow Nisa' akan datang pada 31 Julai 2009 di Dun Batu Rakit.. Semoga pgram yg akan datang dipermudahkan lagi dan mencapai objektif yang telah disasarkan.. Ws


Thursday, July 23, 2009

Khasiat Madu Lebah

Madu lebah menurut Islam
Firman Allah dalam ayat 68 hingga 69 surah An-Nahl yang bermaksud;
"Tuhanmu yang menjadikanmu dan yang mengetahui keistimewaan dan susunan tubuhmu, zahir dan batinmu, mewahyukan kepada lebah: buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon dan di tempat-tempat yang di buat oleh manusia, kemudian makanlah dari tiap-tiap macam buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah memudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu, keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya. Di dalamnya terdapat ubat yang boleh menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu, benar-benar terdapat tanda (kebesaran tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan"

Diriwayatkan oleh Abu Sa'id al-Khudri r.a: "Seorang lelaki datang kepada Nabi Muhammad s.a.w lalu berkata: 'Sesungguhnya saudaraku sakit perut(cirit-birit)'. Rasulullah s.a.w bersabda: 'Berilah dia minuman madu'. Kemudian, dia memberi saudaranya minum madu. Lalu dia datang semula dan berkata: 'Saya telah pun memberi minum dia dengan madu tetapi penyakit bukan berkurangan melainkan bertambah.' Rasulullah s.a.w menyuruhnya agar meneruskan meminum air madu sehingga tiga kali lagi. Kemudian, lelaki itu datang sekali lagi. Rasulullah s.a.w masih menyuruhnya meneruskan meminum air madu tetapi lelaki itu menjawab,'Saya telah memberinya minuman madu tetapi sakitnya masih bertambah.' Lalu Rasullullah s.a.w berkata:'Allah benar dan perut saudaramu itu yang berbohong.' Kemudian Rasulullah s.a.w sendiri memberi minum madu kepada lelaki tersebut dan akhirnya sembuh.




Kandungan dalam madu lebah
Madu lebah mengandungi pelbagai unsur-unsur penting dengan jumlahnya yang ideal dengan tubuh manusia seperti:

-Kalsium (Ca)
-Phosphor (P)
-Natrium (Na)
-Thiamin
-Niacin
-Riboflavin
-Potassium
-Iron
-Zink


Di samping itu, gula dalam madu lebah (glukosa dan fruktosa) merupakan gula ringkas (simple sugar, monosacharide) yang mana apabila di makan seketika akan terus diserap oleh darah sehingga menimbulkan tenaga secara spontan. Berbeza dengan gula biasa atau madu lebah tiruan yang merupakan gula kompleks (polisacharide) yang tidak langsung dapat diserap oleh darah, kerana harus dirubah menjadi gula ringkas dengan cara pemprosesan oleh hati yang akan mengakibatkan kerosakan hati (sel herpa) apabila melebihi dos biasa.
Ciri-ciri kimia madu lebah adalah madu lebah mengandungi asid amino (0.05-0.1%) dan asid organik (0.57%, julat 0.17-1.17%). Purata indek pH bagi madu adalah 3.9 (dengan julat tipikal 3.4-6.1). Kajian yang dilakukan di USDA (U.S Department of Agriculture) mendapati madu terbahagi kepada 7 warna asas iaitu putih, kuning cair, kuning pekat/jingga, oren kecoklatan, coklat dan hitam. Namun, warna madu bukanlah penunjuk yang tepat bagi menguji gred madu kerana ianya dipengaruhi oleh jenis dan ciri sesuatu bunga yang mempunyai kandungan mineral dan komponen-komponen organik tertentu di dalamnya.
Khasiat madu lebah.


Sejak dari dulu lagi, madu lebah telah dijadikan sebagai bahan minuman untuk kesihatan. Oleh yang demikian, pengamalan madu lebah boleh memberikan khasiat kepada pengamalnya. Pengamalan madu lebah asli yang berterusan dapat mencegah penyakit kepada pengamal madu lebah asli. Dengan izin ALLAH di antara penyakit yang dapat dicegah dengan mengamalkan pengambilan madu lebah asli adalah:


- Asma
- Resdung
- Alahan
- Jerawat
- Rambut gugur
- Barah
- Letih
- Sakit kepala
- Buasir
- Lendir kahak
- Sakit pinggang
- Batuk kering
- Lemah jantung
- Sakit sendi
- Batuk
- Mata
- Sukar tidur
- Darah Tinggi
- Pening
- Gastrik
- Penyeri muka


Selain penyakit di atas, masih banyak lagi khasiat madu lebah yang perlu kita ketahui. Khasiat madu lebah yang perlu diketahui adalah:


  • Madu lebah dapat menambahkan stamina dan membekalkan tenaga

  • Madu lebah boleh dijadikan sebagai sumber tenaga

  • Madu lebah dapat meningkatkan metabolisme tubuh

  • Madu lebah mengandungi agen antioksidan yang boleh mengurangkan aktiviti yang memusnahkan sel

  • Madu lebah dapat melancarkan peredaran darah

  • Madu lebah dapat melancarkan sistem pencernaan

  • Madu lebah dapat meningkatkan semangat seksual atau tenaga batin

  • Madu lebah juga digunakan sebagai mengubati luka-luka

  • Madu lebah sesuai untuk kecantikan dan menjadikan kulit lebih licin dan halus

Untuk pengetahuan, HPA menyediakan produk berasaskan madu yg diformula dan disinergikan khas untuk merawat penyakit2 tertentu.. Antaranya madu paramaria untuk wanita, madu radix untuk tenaga, madu plantisol untuk kencing manis, madu vitex untuk darah tinggi dan sebagainya..

Wednesday, July 22, 2009

Lagi kecaman pertemuan Zahid dengan pemimpin Israel, Ehud Barak

Harakahdaily Thu Jul 23, 09 9:14:03 am MYT
KUALA LUMPUR, 23 Julai = 30 Rejab 1430 Hijrah


Berikut adalah kenyataan media Parti Keadilan Rakyat yang melahirkan rasa kecewa dengan pendedahan laporan bahawa Menteri Pertahanan Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi telah mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Israel, Ehud Barak di Paris bulan lepas.
Turut dilaporkan ialah Zahid telah terlebih dahulu mengakui menemui Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu, dan bahawa beliau (Zahid) telah berkeras supaya tidak ada jurugambar yang hadir dalam pertemuan tersebut.
Walaupun langkah berjaga-jaga telah diambil bagi memastikan pertemuan tersebut kekal menjadi rahsia, jelaslah sekarang bahawa apa yang berlaku di Paris, tidak semestinya hanya kekal di Paris!
Pertemuan yang sedemikian rupa dengan regim yang telah dikecam di seluruh dunia kerana kekejamannya di Palestin dan Lebanon secara tidak langsung menunjukkan ketidakpekaan dalam isu moral dan politik, tidak kira apa jua justifikasi yang diberikan oleh Zahid.
Sesungguhnya, adalah amat menyedihkan sekiranya Zahid berasakan bahawa pertemuannya dengan Israel akan membuatkan Israel mengubah caranya, sedangkan sekutu-sekutunya yang paling setia seperti Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat pun tidak berjaya dalam desakan supaya regim Zionis mengubah caranya, contohnya desakan untuk menghentikan pembinaan pendudukan haram Yahudi di atas tanah Palestin.
Oleh itu, kita hanya dapat membuat kesimpulan bahawa terdapat lebih daripada sekadar pertemuan yang biasa dalam gerak isyarat diplomatik singkat Zahid dengan Menteri Pertahanan Israel, yang merupakan orang yang sama yang bertanggungjawab dalam semua serangan udara yang dikecam hebat oleh kerajaan Malaysia selama ini.
Pertemuan ini menimbulkan persoalan tentang keupayaan Zahid dalam membuat penilaian yang baik dalam tempoh yang singkat sejak dilantik sebagai Menteri Pertahanan.
Apakah urusan Malaysia untuk bertemu dengan Menteri Pertahanan sebuah regim yang mana ia tidak mempunyai hubungan, atau yang tidak pernah diakui hubungannya?
Bagi menambahkan lagi keraguan, pertemuan tersebut bukannya di antara dua orang menteri luar negeri, tetapi di antara dua orang menteri pertahanan.
Protokol politik tidak akan membolehkan dua orang Menteri Pertahanan kerajaan-kerajaan yang tidak mempunyai hubungan diplomatik untuk mengadakan pertemuan. Jelaslah Zahid telah melangkaui deskripsi kerjanya.
Satu-satunya orang yang boleh menjawab persoalan ini ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Atau mungkin juga Zahid, yang pada awal tahun ini memainkan peranan 'memperjuangkan Islam' dengan amaran kerasnya kepada pemimpin-pemimpin bukan Islam di Malaysia supaya 'tidak menguji kemarahan orang Islam', mahukah beliau memberitahu kebenaran dan membuat pengakuan tentang kepura-puraan diplomatiknya?

Latheefa Koya
Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat

Kenangan semusim perkenalan..

Kumpulan 1 dengan gayanya "ewah2..Camnilah.."

Larian kasih..kumpulan 1 jgn sedih2 ye, jatuh x semestinya kalah..

Acara cari gula-gula dalam tepung bermula..

Emm..Nyam nyam..

Semangat berpasukan yg ditunjukkan oleh kumpulan "dangerous"

Muslimah..dengan gaya bebas. Ehh..yang belakang tu power rangers ke? Fire!! jgn x fire..
Aksi-aksi sebelum berentap..hehe..

amboi cikgu..bukan main lagi posing kuda..
erm..camne sahabat2? puas hati tak.. penulis mohon maaf andainya ada yg terlebih 2 terkurang dalam posting kali ini.. gambar sekadar yg ada, setelah beberapa proses penapisan dilakukan, penulis hanya mampu publish beberapa keping sahaja daripada keseluruhan gambar.. untuk games tautan hati dan bola beracun maap.. xde gambar.. Huhhu.. nak mandi lagi kat sana, kebetulan air surut hari tu so xde kepuasan.. hope lepas ni ada peluang lagi untuk beriadah kat tempat2 yang nyaman sebegitu..InsyaAllah..

Tuesday, July 21, 2009

Rehlah guru2 Raudhah Ilmi 20 Julai 2009

Salam ceria kepada pengunjung2 JS..

“Jom rehlah”..Itulah yang biasanya dicadangkan kepada kumpulan usrah ketika di kampus yang merupakan medan pembentukan diri individu muslim, bukan sekadar untuk kenal mengenal malah mengeratkan lagi ukhwah dan kasih sayang antara sahabat2..sepertimana kampus, ahli Raudhah ilmi juga tak dapat berinteraksi dengan berkesan seperti sebuah keluarga (usrah) selagi tembok tak diruntuhkan, dan jambatan penghubung tak dibina. Rukun Pertama - Ta’aruf.. Rukun pertama usrah adalah Ta’aruf (berkenalan). Ta’aruf di dalam perjumpaan usrah biasanya tak begitu berkesan sebabnya kita biasanya kenal (lebih tepat disebut mengecam) anggota usrah hanya sekadar nama - itupun selalunya terus lupa.Berdasarkan pengalaman saya, program rehlah yang agak santai sangat berkesan untuk merobohkan tembok antara ahli usrah.Rehlah Raudhah Ilmi di Lata BelatanDibawah penasihat a.k.a pengurus besar Raudhah Ilmi, Cik Rohani bt Ramli.. Kami berangkat ke tempat program seawal jam 7.00 pagi. Sepanjang program rehlah separuh hari itu, kami dapat berkenalan, dan lebih mengenali perwatakan sahabat2 sejawatan.. Alhamdulillah semuanya ‘sporting’ belaka terutama sewaktu pertandingan ‘games’ di antara 4 kumpulan. 4 kumpulan yg diatur tersebut masing2 menamakan kumpulan mereka sebagai “Dangerous..huha huha” , “kuda belang..hebat”, “durian..cekoh..” dan 1 lagi kumpulan “ewah2..camnilah..” . Nama kumpulan pun agak ad-hoc sbb tu lucu smuanya..Hm.. Alhamdulillah.. dan syukran kepada sahabat2 atas kerjasama dalam menjayakan program bersama.
InsyaAllah besar harapan penulis agar pertemuan sebegini dpat diadakan lagi untuk aktiviti yang lebih banyak lagi. Membuat perbincangan, komentar @ sebagainya berkaitan kesinambungan dakwah dan perjuangan selepas alam kampus secara santai dan jauh dari tekanan kerja.
Moga gerak kerja dakwah dan kerja harian yg kita lakukan mendapat keberkatan dan dipermudahkan lagi pada masa akan datang.
InsyaAllah penulis akan poskan gambar2 yang sempat diambil semasa rehlah kami disana buat tatapan pengunjung2 JS..

Fenomena..


Esok dijangka akan berlaku gerhana penuh matahari dimana bulan akan berada diantara matahari dan bumi lalu menutup keseluruhan cahaya matahari. Fenomena ini akan berlaku khususnya diseluruh benua India dan China. Bagi rakyat Malaysia, mereka yang berada di utara tanah air khususnya insyallah akan dapat melalui peristiwa ini esok Rabu 29 Rejab 1430/ 22 Julai 2009. Di Malaysia, gerhana penuh matahari ini dijangka berlaku mulai jam 08.23am sehinggalah jam 09.48am.Didalam surah Al Fussilat: 37, ALLAH berfirmaN, "Dan antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah malam dan siang, serta matahari dan bulan. Janganlah kamu sujud kepada matahari dan janganlah kamu pula kamu sujud kepada bulan, dan sebaliknya hendaklah kamu sujud kepada ALLAH yang menciptakannya...".Dan Rasulullah bersabda, "bahawa matahari dan bulan itu tanda daripada segala tanda yang menunjukkan keesaan dan kekuasaan ALLAH. Berlaku gerhana (bulan & matahari) bukan kerana kematian seseorang atau kerana hidupnya. Maka apabila kamu lihat perkara itu (yakni gerhana), hendaklah kamu sembahyang dan berada sehingga hilang gerhana".

Saturday, July 18, 2009

MLM Syariah...

Dengan harapan agar jalan yang kupilih ini adalah yg terbaik untuk kehidupan di dunia dan akhirat.. saya ingin berkongsi sedikit ilmu yg baru saya perolehi kepada pegunjung2 JS & saya mengalu-alukan sebarang komen serta cadangan membina dari saudara/i sekalian..

Jualan Pelbagai Peringkat atau lebih dikenali sebagai ‘Multi Level Marketing’ atau MLM adalah amat popular di Malaysia. Dalam pada masa yang sama, sistem yang sama juga digunakan oleh industri penjualan Saham Amanah Islam dan beberapa produk Takaful. Akibat dari kebanjiran produk dan syarikat yang menggunakan sistem ini dalam mempromosi dan penjualan produk mereka. MLM kini boleh dianggap sebagai sebuah sistem pemasaran yang diterima ramai. Bagaimanapun, amat jarang dijumpai ilmuan Syariah samada dalam atau luar negara yang ingin atau berminat untuk menghuraikan sistem ini dari aspek Syariah dengan terperinci dan konkrit. Ini mungkin disebabkan kerumitan atau kurangnya minat ilmuan Syariah untuk mendalami proses sistem ini.

Ada beberapa bentuk sistem MLM yang jelas keharamannya atau keraguannya, iaitu apabila ia menggunakan sistem berikut :

1) Harga tinggi dari biasa : Menjual produk yang diperjualbelikan dalam sistem MLM dengan harga yang jauh lebih tinggi dari harga biasa, ia adalah amat tidak digalakkan menurut Islam malah menurut sebahagian ulama, aqad seperti ini adalah terbatal. Bagaimana Nabi SAW pernah mengisyaratkannya sebagai suatu kezaliman jika berlaku kepada orang yang tidak mengetahui selok belok harga barang. (Al-Qawaid, Ibn Rusyd, hlmn 601).
Bagaimanapun perlu diingat, dalam satu MLM mungkin terdapat 3 atau 4 unsur syubhat dan haram yang akan saya sebutkan. Ini tidaklah bermakna MLM haram hanya kerana adanya unsur “Harga Lebih Tinggi dari Biasa” , ia cuma salah satu unsur yang perlu disemak dan boleh memburukkan lagi hukum sesuatu MLM sehingga boleh jatuh tahap haram kerana penipuan dalam keadaan tertentu yang lain.
Apa yang ingin saya nyatakan ‘Ghabnun’ di sini adalah yang dibuat dalam bentuk penipuan harga kepada orang awam, iaitu harga yang sengaja dinaikkan kerana merangkumkan yuran penyertaan dalam system priamid. Sebagai contoh saya pernah ‘terpaksa’ membeli sebuah produk MLM. Oleh kerana tukang jual MLM ini amat sukar beralah, dan saya ingin ia cepat menamatkan kempenanannya dengan adab, lalu saya belilah satu produknya yang termurah, iaitu sebiji bantal yang dikatakan sangat hebat, harganya mencecah RM300 sebiji. Inilah namanya ‘Ghabnun’, sedangkan bantal tersebut rupa-rupanya langsung tiada istimewanya setelah digunakan. Maka jelas harganya dinaikkan kerana penyertaan sebagai ahli dan masuk dalam sistem. Tapi saya senyapkan saja keahlian dan langsung tidak bergerak, membeli hanya kerana kasihan dengan si penjual yang dikenali ini sahaja.

2) Jualan target sebagai syarat komisyen : Selain dari yuran yang wajib dibayar oleh ahli, pada kebiasaannya terdapat syarat yang mewajibkan ahli tersebut mencapai target jualan tertentu bagi melayakkannya mendapat apa jua komsiyen dari hasil jualan orang di bawahnya. Apabila ia gagal mencapai ‘harga target’ tersebut maka keahliannya akan hilang atau tiada sebarang komisyen untuknya walaupun orang bawahannya menjual dengan begitu banyak. Semua MLM yang terlibat dengan syarat seperti ini, menyebabkan sistem MLM mereka menjadi bermasalah dari sudut Shariah kerana wujudnya unsur kezaliman terhadap ahli selain wujudnya kewajiban jualan bersyarat dengan syarat yang tidak menyebelahi ahli serta berbentuk penindasan. Seolah-olah pihak syarikat memaksanya dengan mengatakan “Anda mesti membeli atau mengekalkan penjualan peribadi sebanyak RM 500 sebulan bagi membolehkan anda mendapat hak komisyen orang bawahan anda”.

3) Jika ahli berdaftar menyertai MLM dengan yuran tertentu, tetapi tiada sebarang produk untuk diniagakan, perniagaannya hanyalah dengan mencari orang bawahanya (downline), setiap kali ia mendapat ahli baru, maka diberikan beberapa peratus dari yuran ahi tersebut kepadanya. Semakin banyak anggota baru bermakna semakin banyak jualah bonusnya. Ini adalah bentuk riba kerana memperdagangkan sejumlah wang untuk mendapat sejumlah lebih banyak yang lain di masa hadapan. Ia merupakan satu bentu Riba Nasiah dan Riba Al-Fadl. Hal yang sama juga hukumnya bagi perusahaan MLM yang tidak mempunyai produk bersungguh dan berkualiti, sebaliknya produk miliknya hanyalah berupa ruangan laman web yang tidak berfaedah buat kebanyakkan orang, atau apa jua produk yang hanya dijadikan sebagai alasan pembelian. Malah harga sebenar produknya juga adakalanya jauh dari harga yang dijual kepada ahli (sebagai contoh dijual produk web komputer, sedangkan harganya jauh lebih tinggi dan si ahli pula tidak mempunyai komputer pun). Pada hakikatnya, si ahli bukannya ingin membeli produk itu, tetapi untuk menyertai rangkaian serta memperolehi wang darinya. Ia juga termasuk dalam yang diharamkan. Hal membeli produk tidak benar dengan niat utama memasuki rangkaian dan mendapat untung dari rangkaian ini telah difatwakan haram oleh Majlis Fatwa Al-Lajnah Ad-Daimah Arab Saudi no 15/192-193.

4) Terdapat juga syarikat MLM yang melakukan manipulasi dalam menjual produknya, atau memaksa pembeli untuk menggunakan produknya atau yang dijual adalah barang haram. Maka MLM tersebut jelas keharamannya. Namun tidak semua MLM begini, cuma sebahagianya sahaja.

5) Terdapat juga unsur mirip “shafqatayn fi shafqah”, atau bay’atayn fi bay’ah, (iaitu dua aqad jenis jual beli dalam satu) yang dilarang oleh Baginda SAW dengan pelbagai lafaz antaranya yang bermaksud: “Rasulullah SAW melarang dari membuat dua belian (aqad) dalam satu aqad” ( Riwayat Ahmad, Al-Bazzar ; Al-Haithami : perawi Ahmad adalah thiqah ; 4/84 ).
Ini berlaku apabila ada sebahagian syarikat MLM yang membuka pendaftaran ahlinya, setiap ahli perlu membayar sejumlah wang disebut yuran, tidak dapat dipastikan samada yuran tersebut untuk membeli kedudukan di dalam rangkaian ataupun membeli produk. Pada waktu yang sama, dengan termeterainya keahliannya itu, ia akan menjadi wakil pula bagi syarikat untuk merekrut ahli baru, maka tindakan MLM seperti ini, boleh dikatakan termasuk dalam kategori hadis : shafqatayn fi shafqah, atau bay’atayn fi bay’ah. Ini kerana, dalam hal ini, orang tersebut telah dikira melakukan transaksi aqad Mu’awadat (kontrak pertukaran hak kewangan) bila membeli produk atau menjadi ahli dan dalam masa yang sama masuk dalam satu jenis aqad lagi iaitu perwakilan (untuk menjualkan produk itu kelak di samping mencari ahli baru) dengan komisyen tertentu.

Ulasan: Alhamdulillah, perniagaan MLM Syariah yang HPA jalankan menepati perkara asas minima Syariah dan jelas sama sekali bertentangan dengan MLM yang dikatakan haram seperti yang dinyatakan dalam artikel di atas. Plan Pemasaran MLM (S) HPA telah dirujuk kepada ulama’ dan pensyarah Pengajian Islam bagi mengelakkan berlakunya unsur-unsur syubhah dan haram. Dan mereka mengesahkan bahawan plan pemasaran HPA bertepatan dengan Hukum Syarak.

Ingin dijelaskan bahawa dalam plan HPA, tiada paksaan dikenakan kpd ahli utk mendptkan bonus. Jika inginkan bonus, mereka haruslah berusaha sama ada menjual produk atau beli utk kegunaan sendiri. Jika tidak, mereka tidak akan menerima bonus tapi pv mereka tidak akan hilang dan akan dibawa ke bulan berikutnya. Dan dlm plan HPA, tiada maintain pv kumpulan dikenakan.

Di Indonesia, mereka telah wujudkan badan yg menilai plan MLM. HPA telah memasuki pasaran di sana pada tahun 2000 dan badan ini telah membuat analisis sama ada ia menepati syarat2 yg ditetapkan utk mencapai status Syariah. Setelah diinilai, mereka memutuskan utk memberi status Syariah kpd MLM HPA. Berbanding di negara kita, memang belum ada badan khas yg diwujudkan utk menilai plan MLM sama ada ianya diklasifikasikan menepati syariah atau pun tidak. Apa-apa pun sebenarnya isu MLM ini masih boleh dibincangkan secara terbuka lagi.. ayuh sama2 fikirkan demi kebaikan kita bersama.

Friday, July 17, 2009

Satu Pembelaan






Apa yang akan anda lakukan sekiranya....adik perempuan anda dipukul oleh teman lelakinya yang tidak suka dgn perubahan adik anda untuk menutup aurat...sesungguhnya adik anda itu ingin sangat berpisah dgn lelaki itu kerana cintanya pd Allah dan Rasulullah..kemudian adik anda ditarik tudungnya hingga ternampak mahkota yang adik anda sangat ingin memlihara kehormatannya....adik anda ingin balik memakai tudung berkenaan namun dia makin kuat dipukul dan lelaki berkenaan merampas tudung itu lalu mengoyakkannya...adik anda tidak kisah dipukul sedemikian rupa, dia cuma ingin menutup auratnya sahaja diatas hidayah Allah yang baru shj die peroleh...adik anda juga diugut supaya jangan berpakaian labuh dan bertudung..dan dipaksa pakai pakaian yang tidak menutup aurat seperti zaman adik anda sebelum mendapat hidayah suatu masa dulu..Bukankah pd zaman Rasulullah dulu, wanita seperti ini akan dibela oleh pemuda2 islam yang gagah perkasa dengan pedang terhunus ditangannya..???Sekiranya aku ingin memegang pedang tersebut, membela kehormatan adik itu yang ingin bergelar muslimah seperti enti-enti semua...Sekiranya aku ingin meletakkan diri aku dalam masalah hanya kerana membela kehormatan adik itu yang juga merupakan wanita islam..sekiranya aku mgkin mendapat luka dan keperitan atas pembelaan tersebut..Adakah ada diantara kalian yang ingin turut serta bersamaku???





Cerita di atas diambil dari http://as-syeikh.blogspot.com/.. sedih kan baca kes ni..em, inilah keadaan yg akan wujud apabila manusia menjadi Islam kerana keislamannya diwarisi bukan dipelajari dan diyakini. That's why 'buaya friend' tersebut xtahu mana perkara yg wajib, sunat, haram dsbgnya.. Usahkan nak mendorong kearah kebaikan malah dipersoalkan pula perkara baik yg dilakukan. Astahfirullahal'azhim..Sekiranya ISLAM adalah keyakinan dan menjadi 'the way of life'mungkin tidak timbul isu sebegini. InsyaAllah, Allah sentiasa bersama2 dgn org yg sabar. Kepada adik nta, teruskan dengan perubahan kearah yg lbih baik.Melaksanakan perintah ALLAH, menghindari kemurkaanNya, mencontohi sunnah, maka Islam menjadi keyakinan dan amalan hidup kita. Kepada penulis, jgn risau.. InsyaAllah ramai sahabat2 yg sentiasa bersama & bersedia utk membantu...


Cebisan kata yg dipetik dari lagu "Ketulusan Hati" (Marshanda) :



Sedihku sakitku ku terima
Ku rela ku pasrah jalanku
Ini suratan aku dicoba
Demi rahmat-Mu ku memohon
Yaa Allah ridhoi ketulusan hati
Yaa Allah beri aku ketabahan
Yaa Allah aku sanggup berkorban
Demi rahmat-Mu Yaa Allah
Di dunia yang sarat cabaran
Ku mohon dosaku ampunkan
Ingin bahagia dunia akhirat
Demi rahmat-Mu ku memohon
Yaa Allah ridhoi ketulusan hati
Yaa Allah beri aku ketabahan
Yaa Allah aku sanggup berkorban
Demi rahmat-Mu Yaa Allah ...


Sumber dari drama Aqso & Madina

Tajdid iman: 4 keperluan bentuk muslim sejati



Bimbingan agama kuatkan keperibadian bukan dieksploitasi nafsu syaitan


JANGAN salahkan Islam jika anda mengenali seorang Muslim yang jahat perangainya, hidup di kawasan perkampungan Melayu kotor atau anak mereka kaki dadah, merempit dan liar. Kerana kemiskinan dan kebodohan membelenggu hidup mereka. Adakah gambaran seperti ini mewakili nilai Islam? Sama sekali tidak. Agama ini begitu suci, sempurna dan relevan sepanjang zaman. Hanya pengikutnya yang tidak memahami dan tidak mahu mengamalkan ajarannya saja mencemar imej Islam.


Bagaimanakah Islam membentuk keperibadian pengikutnya? Bukankah sudah lahir tamadun Islam yang paling agung pada zamannya selama 800 tahun berkuasa di dunia ini? Bolehkah kegemilangan itu berulang kembali? Untuk membentuk imej Islam yang cemerlang, gemilang dan terbilang, seorang Muslim perlu memenuhi empat keperluan asasi bagi dirinya iaitu:


Riadah sebagai bekalan jasmani. Rasulullah SAW menggesa umatnya memiliki kekuatan fizikal seperti sabda Baginda SAW yang bermaksud: “Orang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai Allah daripada orang mukmin yang lemah. Bersungguhlah mengerjakan sesuatu yang bermanfaat bagi dirimu serta mohonlah pertolongan Allah dan jangan lemah.” (Hadis riwayat Muslim) Kekuatan fizikal hanya dapat dimiliki mereka yang mengamalkan gaya hidup sihat iaitu seperti penjagaan kesihatan badan, gaya pemakanan seimbang dan senaman secara teratur. Bagaimana umat ini boleh berdiri sama tinggi dengan orang Barat atau Eropah yang jauh lebih maju dalam penjagaan kesihatan dan kecergasan mereka, jika kita berdiri sebagai seorang pemuda Islam yang memiliki ciri 3G iaitu gemuk, gebu dan gempal.Padahal, Baginda SAW melatih sahabatnya dengan aktiviti lasak seperti berenang, berkuda, memanah, bermain tombak dan pedang. Terbukti kekuatan fizikal mereka mampu mengalahkan tentera kufar dengan perbandingan satu lawan sepuluh.


Ibadat sebagai bekalan rohani. Allah berfirman yang bermaksud: “Dan tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada-Ku.” Ketenangan hati dalam sembahyang dan zikrullah, puasa dan sedekah diharapkan mampu melahirkan insan menyeluruh. Kesucian terpancar daripada hati dan kemuliaan tergambar lewat tabiat yang digayakan.Hanya dengan ibadat kemantapan modal insan terbentuk dalam keperibadian kita. Satu kekuatan yang tidak pernah dimiliki orang kafir adalah kekuatan roh dan jiwa yang diisi dengan ibadat. Tanda orang yang taat beribadat ialah boleh mengawal hawa nafsu, dekat dengan Tuhan dan jelas matlamat hidupnya.Jika ibadat tidak dapat melahirkan jiwa yang sebegini maknanya ibadatnya itu perlu dipersoalkan, mengapa tidak memberi kesan pada peribadinya?


Sesungguhnya tiada jurang pemisah antara ibadat dan perniagaan, ibadat dan belajar, ibadat dan bekerja kerana segala perbuatan baik yang diniatkan untuk reda Allah adalah inti ibadat.Semestinya yang paling berjaya merebut peluang perniagaan adalah mereka yang kuat beribadat, mereka yang bijak pandai semestinya juga adalah ahli ibadat.


Ilmu bekalan untuk akal. Ilmu duniawi harus seiring sejalan dengan ilmu agama supaya tidak terjadi kepincangan dalam keperibadian kita. Asas ilmu agama seperti aqidah, ibadat, akhlak dan syariah menjadi rujukan utama yang menterjemah nilai al-Quran dan hadis. Tidak cukup belajar membaca al-Quran saja tanpa mendalami tafsir, mengupas bab muamalat Rasul SAW dalam kumpulan hadis Baginda SAW.Pendekatan yang diguna pakai dalam menghayati ilmu amat pelbagai, ada yang menitikberatkan bacaan tanpa hafalan atau cuba menulis apa yang dituntut. Semuanya bertujuan mendekatkan kita kepada Allah SWT dan meletakkan kita pada barisan orang yang mengikut jalan Rasulullah SAW.


Daripada ilmu berbuahlah amal, jika kita tidak berada pada majlis ilmu dalam jangka masa yang lama, mungkin kita akan berasa semakin jauh daripada hidayah Allah Taala. Petunjuk yang menerangi hati dan mententeramkan adalah ilmu agama. Di sana kita belajar bagaimana menyucikan hati, menguatkan keyakinan dan melakukan amal yang sahih. Dengan ilmu seolah-olah Tuhan membukakan jalan yang luas menuju syurga-Nya.Ilmu yang bermanfaat perlu diikat dengan bacaan, tulisan dan penyampaian kepada orang lain. Ilmuwan yang tidak mahir menulis, kurang membaca atau tidak gemar memberi tunjuk ajar akan mengalami gejala kekurangan bekalan maklumat dan penurunan tahap intelektual. Jika pepatah menyatakan makin menuntut makin berasa banyak yang kita tak tahu, bagaimana dengan yang tidak menuntut tentu lebih teruk ketinggalan.


Seni sebagai bekalan emosi dan perasaan. Manusia diciptakan selain memiliki jasad dan hati serta akal, ia juga dibekal dengan satu kekuatan yang perlu diurus supaya hidupnya sempurna. Kekuatan itu ialah emosi atau perasaan semula jadi yang Allah ciptakan untuk kita.Pada fitrahnya manusia perlukan sentuhan pada perasaannya dengan mendengar syair atau lagu, puisi atau kisah indah yang mempunyai nilai sastera yang tinggi. Hal ini adalah keperluan asasi bagi manusia disamping ilmu, ibadat dan riadah. Nabi SAW mempunyai penyair yang hebat seperti Hasan bin Tsabit. Sahabat juga suka melantunkan syair perjuangan dan persaudaraan. Islam memberi ruang untuk kita menikmati seni dengan syarat ia tidak memuja kekufuran dan mempamerkan unsur-unsur keji.
Diperlukan sentuhan seni untuk menterjemahkan cinta kepada Ilahi, sayang menyayangi dan memuji kesucian perasaan. Doa yang diucapkan penuh penghayatan lebih nikmat dibaca berbanding dengan doa sekadar hafalan. Penghayatan itulah yang dinamakan improvisasi dalam bahasa sastera dan khusyuk dalam bahasa orang sufi.Akhirnya sembahyang yang didirikan itu bagaikan pementasan sejuta perasaan indah yang dipersembahkan kepada Tuhan. Bacaan al-Quran itu bagaikan karya agung yang dipuisikan sebagai gambaran ideal kesempurnaan nilai suci.Begitulah apabila seorang hamba berjiwa seni menggerakkan penghayatannya ketika beribadat. Seni dalam Islam menjadikan jiwa kita tenggelam dalam aliran sungai yang bermuara di sisi Allah Taala, seni adalah akidah, ibadat, akhlak dan syariah. Bukan seni untuk seni semata.Bekalan itu diharapkan menguatkan keperibadian hamba-Nya, kerana hidup ini untuk dinikmati dengan bimbingan agama bukan dieksploitasi oleh nafsu syahwat dan pujuk rayu syaitan.
Sumber perkongsian diadaptasi dari
http://halaqah.net/v10/index

Thursday, July 16, 2009

Mengimbau kembali..Kronologi PR MU..

Jalan raya yang sesak pada hari membuang undi


9.00 malam:Keputusan rasmi PAS menang dengan kelebihan 65 undi mengalahkan BN di Manek Urai. Kelihatan di pusat penjumlahan undi adalah Exco Kerajaan Negeri, Dato’ Husam Musa; Bendahari PAS, Dr Hatta Ramli dan AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad. Tiada pemimpin Umno kelihatan di sini.
8.35 malam: Keputusan tidak rasmi PAS menang dengan majoriti 64 undi dan BN telah memohon untuk membuat kiraan semula.
8.15 malam:Berdasarkan pada penjumlahan undi melibatkan lima pusat mengundi, PAS mendahului dengan 3,471 undi manakala BN pula 3,262 undi. Perbezaan ialah 209 undi.
8.10 malam: Ketika ini PAS sedang mendahului dengan 308 undi; PAS: 1,962; Umno: 1,654.
7.55 malam: Keputusan tidak rasmi ketika ini, PAS menang dengan 70 undi namun dijangkakan kiraan semula akan berlaku.
7.35 malam: Berita tidak rasmi dimaklumkan di markas PAS di Manek Urai bahawa PAS menang dengan majoriti 70 undi.
7.10 malam: Para petugas media termasuk SPR sedang menunggu ketibaan peti-peti undi di pusat penjumlahan undi di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Yahya Petra 1.
7.00 petang: Laungan takbir bergema apabila calon PAS hadir di kawasan markas. Ketika ini, para penyokong sedang berkumpul bagi menantikan keputusan pilihan raya.
6.30 petang: Para penyokong mula memenuhi kawasan markas dan kempen Manek Urai. Ramai yang melahirkan keyakinan calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah akan menang.
Terdahulu, Pengarah PIlihan raya Kelantan, Abdul Fatah Harun melahirkan keyakinan PAS akan menang dengan majoriti sekitar 2,000 undi.
6.00 petang: Petugas dan sukarelawan PAS kelihatan sedang mengalihkan kenderaan daripada kawasan markas di Manek Urai agar para penyokong dapat berkumpul di situ untuk mengikuti perkembangan dan keputusan pilihan raya.
Kelihatan papan layar yang besar juga ditempatkan di kawasan markas.
5.45 petang: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kelihatan telah meninggalkan kawasan Manek Urai.
5.30 petang:Berlaku kesesakan yang teruk di kawasan Manek Urai sehingga ke Kuala Krai. Pusat penjumlahan undi terletak di SMK Sultan Yahya Petra 1, Kuala Krai.
5.00 petang: Pusat pengundian ditutup dan bermula proses pengiraan undi. Sebanyak 87.33 peratus telah keluar mengundi iaitu sejumlah 10,736 daripada 12,293 pengundi telah menunaikan tanggungjawab mereka dalam pilihan raya kecil ini. SPR menjangkakan keputusan akan diketahui seawal jam 8 malam.
Peratusan keluar mengundi dalam PRK ini adalah lebih 86 peratus dan mengatasi jangkaan SPR iaitu sebanyak 85 peratus.
4.00 petang: Peratus keluar mengundi sehingga jam 4 tadi sudah mencecah 86.4 peratus atau 10,626 pemilih.
3.40 petang: Sehingga jam 3 petang, seramai 10,312 pengundi (83.8 peratus) telah menunaikan tanggungjawab mereka. SPR turut mengesahkan belum ada pusat pengundian yang ditutup dan ia hanya akan ditutup pada pukul 5 petang.
3.10 petang: Setakat pukul 2 petang, seramai 9,845 pengundi (80 peratus) telah menunaikan tanggungjawab mereka.
2.15 petang: Beberapa pemerhati daripada MAFREL turut hadir di setiap peti undi bagi memantau perjalanan pilihan raya kecil Manek Urai.
2.00 petang: Tinjauan ke pusat mengundi di SK Sungai Peria mendapati keadaan agak lengang disebabkan pengundi telah keluar menunaikan tanggungjawab mereka sejak awal pagi. Kesesakan lalulintas yang agak teruk berlaku di Kampung Peria menuju ke Manek Urai baru. Bagaimanapun, pihak polis dapat mengawal lalulintas.
Dilaporkan lebih kurang 300 penyokong PAS dan BN dilaporkan bertembung di pusat membuang undi SK Peria dekat kira-kira 12 tengah hari tadi.
Pergaduhan tersebut berjaya dileraikan oleh polis dan empat buah trak unit tindakan ringan diletakkan di situ bagi meningkatkan keselamatan.
Beberapa orang penyokong di kalangan kedua-dua parti dilaporkan cedera.
1.30 petang: Jumlah yang telah keluar mengundi adalah sebanyak 75 peratus sehingga jam 1.15 petang tadi. SPR menjangkakan sebanyak 85 peratus pengundi akan keluar mengundi dalam pilihan raya kecil ini.
12.30 tgh: Semua kenderaan terutamanya yang menggunakan jalan raya Kuala Krai-Gua Musang telah dilencongkan ke jalan-jalan kampung bagi mengurangkan kesesakan.
12.00 tgh: Peratus keluar mengundi sehingga pukul 12 tengah hari sudah mencecah 68 peratus.
11.45 pagi: Ketua Polis Kelantan, Dato’ Abdul Rahim Hanafi menggesa orang luar tidak menggunakan Jalan Kuala Krai-Gua Musang jika tiada urusan penting bagi mengelakkan kesesakan jalan raya.
11.35 pagi: Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat melawat pondok panas PAS di Sekolah Kebangsaan Manek Urai Baru.
11.30 pagi: SPR mengesahkan sudah 55 peratus pengundi menunaikan tanggungjawab mereka.
11.15 pagi: SPR mengesahkan sehingga jam 11 pagi tadi sebanyak 40 peratus pengundi telah menunaikan tanggungjawab mereka.
11.00 pagi:Sekumpulan penyokong PAS mengepung sebuah kereta yang dinaik mereka disyaki menyamar sebagai pegawai SPR dengan menggunakan pelekat SPR dan masuk ke pusat pengundian di Manjor.
Pihak polis kemudiannya campurtangan dan mengesahkan mereka bukan ‘pegawai SPR’ dan mengarahkan mereka beredar dari situ.
10.30 pagi: Peratus keluar mengundi setakat ini adalah 4,706 pengundi (38.3 peratus) dan disahkan oleh SPR.
9.45 pagi: Kekecohan berlaku apabila berlaku pertembungan antara penyokong dan peraih undi BN dan PAS di kawasan SK Manek Urai Baru. Namun, keadaan terkawal apabila pihak polis berjaya mententeramkan keadaan.
9.30 pagi: Sehingga jam 9 pagi, SPR mengesahkan sebanyak 1,932 pengundi (15.7 peratus) telah keluar mengundi.
9.15 pagi: Rombongan Tuan Guru Nik Aziz, Presiden dan calon PAS kini berada di kawasan Peti Undi Sg Sok.
8.30 pagi: Jalan mula sesak. Kenderaan dan anggota polis dilihat hanya mengiringi pemimpin dan VIP daripada BN dan tidak kelihatan anggota yang bertugas mengawal jalan raya.
8.15 pagi: Kelihatan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat mengiringi calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah meninjau di kawasan Peti Undi Peria.
8.00 pagi: Pusat pengundian mula dibuka. Semua kawasan pengundian hangat dengan kehadiran para pengundi dan kenderaan.
7.30 pagi: Kenderaan mula sibuk dan jalan sekitar Dun mula sesak dengan kenderaan.Bendera PAS dan Pakatan Rakyat kelihatan di merata tempat sehingga ke Pekan Kuala Krai dan Kota Bahru.

MU menang.. Ibrah dalam syukur

Perang pilihan raya di Manek Urai telah tamat dan PAS berjaya mengekalkan rentak kemenangan yang berterusan dalam siri pilihan raya kecil pasca PRU 12. Kemenangan tipis dengan majoriti hanya 65 undi adalah agak mendebarkan dan mengejutkan. PAS dan UMNO masing – masing terkejut.
Ia adalah kejutan yang boleh berlaku di mana – mana. Para sahabat al Rasul sallaLlahu alaihi wasallam mengalaminya di medan Uhud dan di medan Hunain. Kejutan itu daripada Allah. Kita menjangkakan kemenangan selesa sehingga petang dan UMNO mengakuinya, tetapi Allah datang di hujung senja dengan kehendakNya. UMNO kalah kerana itulah kesudahan musuh Allah. Kita pula kalah dalam dan dengan strategi kita sendiri. Allah memenangkan agamaNya. Pastinya bukan kita!
Bagi seorang mukmin yang peka dan khusyu’, mengambil ibrah dan pengajaran adalah lebih jitu dan berguna daripada menikmati kemenangan. Kemenangan adalah anugerah dan hadiah, sedang ibrah adalah amanah dan tanggung jawab. Menang di dunia bukan bererti menang di akhirat, sedang mengambil ibrah di dunia pasti beroleh kemenangan di sana.
Uhud mengajar sahabat erti taat dan tidak gelojoh. Hunain mengajar mereka erti berani dan tidak ujub. Itulah yang utama. Daripada ibrah itulah para sahabat membina diri menjadi tentera Allah yang siap siaga memacu perjuangan dan dakwah.
Allah menghendaki kita mengambil ibrah dari Manek Urai melebihi kegelojohan kita untuk menikmati kemenangan darinya.
Saya harap post mortem terhadap keputusan pilihan raya N41 Manek Urai akan menghasilkan jawaban yang tepat demi mengekalkan kita dalam landasan perjuangan.
Faktor rohani hendaklah diutamakan. Itulah makna perjuangan Islam.
Perhatikan persoalan – persoalan berikut:
1) Mengapa begitu mudah pengundi culaan milik kita di Manek Urai menukar undi kepada BN sedangkan Manek Urai adalah kubu kita di selatan sejak dulu? Di mana nilai agama?
2) Mengapa kita bermudah dengan penceramah DAP, tetapi tidak sesama kita? Tidakkah sebelum ini kita mudah dengan DAP dan lebih mudah sesama kita, dan terbukti telah berjaya?
3) Mengapa perselisihan dalaman dihidupkan sepanjang kempen di Manek Urai sehingga media massa dan musuh seronok memainkannya. Itukah kematangan?
4) Kesatuan adalah syarat kemenangan. Adakah kita meraikannya?
5) Mengapa kita gagal membatasi leluasa politik wang UMNO sehingga pengundi tak pun terasa haram menjual undi mereka? Kita di Kelantan, kubu Islam.
Strategi adalah penting. Tetapi ia bukan bandingan iman di dada. Iman menjadi lemah apabila penyakit hati melanda. Allah melihat hati kita sebelum strategi kita. Apabila iman lemah, tiada yang indah pada strategi. Justeru Allah menegur pada iman, bukan pada strategi.
Kepada anak – anak muda di medan perjuangan, juga di pusat – pusat pengajian, marilah belajar beribrah daripada kejadian hari ini agar kita mantap menyambung tali perjuangan masa depan. Moga kita lebih matang dan bersedia nanti.PRK tak sama dengan PRU. PAS Kelantan biasanya kalah dalam PRK, tetapi tidak PRU. Kali ini kita menang sebagaimana di Pulai Chondong dulu. Saya yakin Abe Uji mampu memainkan peranan besar membina kembali keyakinan rakyat kepada PAS. Beliau calon yang betul untuk rakyat Manek Urai, insya Allah.

Rujukan ~ Ust Nik Abduh

Tuesday, July 14, 2009

Za'faran.. Penguat minda



Za’faran adalah sejenis pokok herba dari Loridacces dengan ketinggian 10 hingga 30 cm. Bunga Za’faran mempunyai 3 kelopak bunga dan 3 kelopak daun yang berwarna unggu. Adalah sangat menarik diketahui hanya 5 hingga 7 kilogram Za’faran kering yang dapat diperolehi dari satu hektar tanah. Za’faran tergolong antara bahan yang termahal di dunia. Za’faran mempunyai khasiat dan nilai komersial yang tinggi.
Filamen Za’faran, sebenarnya adalah stigma kering dari bunga Saffron. Setipa bunga tersebut hanya mempunyai 3 filamen stigma sahaja. Za’faran (Saffron) merupakan rempahan yang paling berharga dan termahal di dalam dunia. Harga Za’faran boleh mencecah dari RM1,700.00 hingga RM23,000.00 sekilo!
Tetapi oleh kerana bau dan kuasa pewarnanya yang sangat kuat, hanya sedikit sahaja Za’faran yang diperlukan. Za’faran digunakan untuk warna kuning-kemerahannya yang terang dan juga kerana bau dan rasanya yang pekat dan kuat.
Khasiat utama Za’faran ialah merangsang pertumbuhan sel-sel otak manusia. Menguatkan ingatan. Amat baik jika dimakan bersama madu asli.
Saidina Ali (R.A) pernah menyatakan:'Barangsiapa yang memakan za'faran da dimakan bersama madu sebanyak 2 sudu setiap hari, maka dikagumi ingatannya sehingga dituduh melakukan sihir".

Monday, July 13, 2009

FAKTA-FAKTA HABBATUS SAWDA'

Kajian 1986 dan 1993 (Drs. El kadi, kandil, Basil Ali), ia mempamerkan peningkatan nisbah sel-T Helper kepada sel-T Suppressor, serta peningkatan dalam aktiviti fungsi sel pembunuh asli.
Ia boleh memainkan peranan penting dalam rawatan kanser, AIDS dan penyakit lain yang berkaitan dengan kekurangan imun.

Kajian 1997, ia meningkatkan 55% nisbah sel-T helper dan sel-T suppressor dengan purata sebanyak 30% aktiviti sel pembunuh asli (NK) AIDS.
Ia sejenis bahan yang dikeluarkan oleh tisu hidup, adakalanya mencetuskan reaksi alergi dan dikaitkan dengan keadaan seperti asma bronkus.


Kajian 1960 ( saintis badr-el-Din, Mahouz), melegakan tanda pengidap asma bronkus.
Kajian 1993 ( Nirmal Chakravarty M.D) , ia menghalang protein kinase C, sejenis bahan yang mencetuskan penghasilan histamine, ia juga mengurangkan kadar penyerapan kalsium dalam sel.


Kajian 1991 ( Pusat penyelidikan Amala, amala Nagar, Kerala, India), ia menghalang sepenuhnya perkembangan sejenis sel kanser Ehrlich Ascites carcinoma(EAC), 100% berkesan dalam menghalang perkembangan tumor sebanyak 50% bagi sel Dalton’s Lymphoma Ascites(DLA).
Kajian 1989 ( Journal farmasi Pakistan ), mempunyai sifat anti kulat minyak habatus sauda.


Kajian 1992 ( jabatan farmasi, Universiti Dhaka , Bangladesh ), ia terbukti berkesan terhadap banyak jenis bakteria
Merawat dan melegakan cirit-birit, muntah
Kajian 1960( prof. El-Dakhakny), minyak Habbatus sauda mempunyai kesan anti radang dan melegakan kesan-kesan arthritis.


Kajian 1995( saintis makmal Penyelidikan farmakologi, Jabatan farmasi, Kings college, London ), ia berkesan dalam merawat asma bronkus dan eksema, ia merencatkan generasi eicosanoids dan mempamerkan aktiviti anti pengoksidaan dalam sel.

Barry Sears, Phd, bukunya “The Zone” – eicosanoids sebagai hormon yang kuat yang akhirnya menguasai agen-agen bagi setiap system dalam badan merangkumi dari system jantung kepada system imun dan saraf – kajian 1997 ( Unit Mikrobiologikal, Unirsiti raja saud, rab Saudi), ia tidak mempunyai kesan alahan.


Kajian 1979 ( Agarwhal) dan 1989 ( Universiti Potchefstroom), ia meningkatkan pengeluaran susu bagi ibu-ibu yang memberi susu badan.


Ibnu Sina di dalam bukunya Canon of Medicine menyatakan Habbatus Sauda’ merangsang tenaga dan membantu pemulihan kepenatan dan semangat.


Ibnu Qayyim di dalam bukunya Medicine of the Prophet menyatakan Habbatus Sauda’ berupaya memulihkan penyakit-penyakit seperti batuk, bronchitits, masalah perut, kecacingan, masalah kulit seperti jerawat, sakit senggugut dan haid yang lain, menambah susu badan, menambah pengaliran air liur dan sebagainya.

Saturday, July 11, 2009

Sunnah Rasulullah yang telah dilupakan

Gambar sekadar hiasan




Rasulullah s.a.w pernah bersabda sebagaimana yang diriwayatkan dalam HR. Muslim bahwa Islam datang dalam keadaan asing dan pada akhirnya akan datang suatu masa di mana Islam akan menjadi asing kembali. Kerana dalam memahami dan mempraktikkan ajaran-ajaran Islam seorang muslim diperintahkan Allah S.W.T untuk meneladani Rasulullah saw. (QS. 33: 21), maka dalam sejarahnya terdapat pula masa di mana meneladani semaksimum mungkin seluruh sikap dan perilaku sehari-hari Rasulullah termasuk kebiasaan makan dan minumnya mengalami masa awal yang asing dan masa kemudian yang asing pula. Di antara jenis minuman yang biasa diminum oleh Rasulullah s.a.w adalah susu kambing segar, yakni terus diminum sesudah diperah dari kambing. Namun, berapa peratus dari penduduk muslim di seluruh dunia ini terlepas dari kemampuan ekonominya yang mempunyai kebiasaan minum susu kambing? Atau lebih spesifisik lagi: berapa peratus dari seluruh kaum muslimin di dunia ini yang tahu akan manfaat susu kambing?

Allah SWT. telah berfirman dalam Al-Quran: Maka makanlah yang halal lagi baik (thoyyib) dari rezeki yang telah diberikan Allah kepadamu, dan syukurilah nikmat Allah, jika kamu hanya kepada-Nya saja menyembah (QS. 16 :114). Maka hendaknya kita tidak berpuas hati dengan mengetahui makanan dan minuman yang halal saja, melainkan hendaknya kita juga menambah pengetahuan kita akan kebaikan makanan dan minuman halal, termasuk susu.


Keistimewaan Susu Kambing antaranya:


1. Kaya dengan protein, enzim dan vitamin A
2. Mudah dihadam (zarah lemak lebih kecil)
3. Membantu memperbaiki sistem penghadaman, melancarkan peredaran darah, mencantikkan kulit, mengurangkan sakit kepala dan meningkatkan stamina dan kecergasan
4. Dipercayai mampu membantu merawat demam kuning, lelah, asma, gastrik, ulser, sakit sendi, sakit pinggang, lemah jantung, barah, osteoporosis dan hepatitis.





Sahabatkah Kita??

Kepada pengunjung2 jannatussaufi.blogspot, penulis memohon berbanyak2 kemaafan atas kekurangan dlm tulisan ini dan keadaan blog yg agak terabai kebelakangan ini.Maaf dipinta kerana banyak maklumat tak dapat nak diulas. InsyaAllah akan datang, banyak lagi maklumat dan info berkaitan kesihatan, pemakanan & aktiviti yang akan penulis siarkan untuk perkongsian dengan para pengunjung yang setia.. Penulis sentiasa mengalu-alukan pandangan dan kritikan membina dari pengunjung2 semua..


Sahabat2 cuba renungkan nukilan dibawah ini.. huhu..menusuk kalbu..


Dalam dunia ini,Kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri..

Tetapi dalam kita bersendiri,Kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.
Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat,begitu juga dia.Tetapi kita sering terlupa akan hal itu.Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.
Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya.
Bagi kita,Itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.

Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti..

Kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati.Kita beri beribu alasan, memaksa dia menerima alasan kita.
Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya?? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa.. tetapi kita sering terlupa. Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa disisi kita pada waktu kita memerlukan dia.
Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan,Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.
Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita,Hingga kadang-kadang terlupa kawan kita jugaada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.
Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakantentang rasa bimbangnya, rasa takutnya?
Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernahmenyabarkan kita?
Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan beritagembiranya?
Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti manadia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa danmenyerah kalah?
Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah,agar tidak rebah?
Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkanharapan?
Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita. Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan,Kerana dia juga seorang manusia;dia juga ada rasa takut,ada rasa bimbang, sedih dan kecewa. Dia juga ada kelemahan danDia juga perlukan kawan sebagai kekuatan.
Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa,tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabahyang kita sangka.Disebalik senyumannya itu,mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan,disebalik kesenangannya,mungkin tersimpan seribu kekalutan,kita tidak tahu..tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia,mungkin kita akan tahu.diambil dari
http://ukhwahfillah.wordpress.com
Buah kurma atau dalam bahasa Arab, tamar adalah dari jenis palm seperti kelapa sawit sementara buahnya bertangkai seperti buah pinang. Kurma mengandungi khasiat pemakanan yang tinggi seperti kismis dan aprikot kering. Antaranya kurma kaya dengan protein, serat, gula, vitamin A dan C serta zat galian seperti besi, kalsium, sodium dan potasium.


Kandungan protein didalam kurma lebih kurang 2 %, serat hampir 4 % manakala kandungan gulanya 50 hingga 57 % glukosa. Ini menunjukkan kandungan gula didalamnya telah ditukar secara semulajadi. Bermakna apabila kita memakan kurma, tenaga yang diserap badan adalah serta merta. Gula didalam kebanyakan buah-buahan dikenali sebagai fraktosa dan gula tebu atau gula pasir yang biasa mengandungi sukrosa tidak boleh menyerap terus dalam badan. Ia terpaksa dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi glukosa lalu diserap badan sebagai tenaga.

Kulit kurma yang mengandungi serat, amat baik untuk mencegah barah usus besar kerana ia melawaskan. Sementara kandungan vitamin A dan C amat tinggi dan banyak mengandungi potasium yang diperlukan oleh badan untuk sistem saraf. Memang dalam susu, yogurt dan makanan laut juga mengandungi potasium tetapi jumlahnya sedikit.Pengambilan potasium yang berlebihan tidak mengumpul toksik didalam badan dan tidak memudaratkan. Sebaliknya ia merangsang selera makan bagi yang berpenyakit serta bagus untuk golongan yang mengalami sembelit, lemah otot, sengal-sengal badan, letih, lesu, mengalami tekanan serta menguatkan daya ingatan. Ramai beranggapan hanya kismis yang baik untuk menguatkan ingatan, sebenarnya kurma juga adalah setanding.


Umat Islam digalakkan berbuka dengan kurma bersandarkan sabda Rasulullah s.a.w. yang mana maksudnya “Rumah yang tiada kurma seperti rumah yang tidak mempunyai makanan”. Kurma diangkat tinggi oleh Rasulullah kerana mempunyai nilai kandungan makanan yang tinggi.
Dalam bidang perubatan dengan ketiadaan kolestrol, lemak dan gula di dalam kurma, ia amat baik untuk meredakan tekanan darah tinggi. Dalam perubatan homeopathy, biji kurma dikisar halus atau dijadikan serbuk seperti teh, direndam dan diminum bagi menyembuhkan pelbagi jenis penyakit.

Melalui petua tertentu, kurma dimakan bersama badam dan madu untuk menyembuhkan penyakit. Jus buah kurma mungkin baru dinegara ini. Dinegara pengeluar selain dimakan segar, kering atau salai, kurma dibuang biji dan diganti dengan kacang tanah, badam atau gajus bagi menambahkan keenakannya. Kurma juga dibuat jem, sirap atau bahan tambahan dalam aiskrim.
Kurma baik dijadikan pengganti makanan ringan yang hanya mengandungi karbohidrat, garam, lemak dan gula berlebihan yang boleh membawa pelbagai jenis penyakit.

Wallahua'lam...