Monday, August 31, 2009

Lepaskan belenggu dihati

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Subhanallah.. lamanya x jenguk blog sendiri.. kesibukan di hujung bulan, audit stok, tutup akaun produk dan checklist barang yg hilang selain dari kerja2 sampingan Nisa' utk sempena ramadhan ini antaranya Nisa' Small Kindness, Iftar Jamaie dan sbgnya.. Alhamdullillah Allah kurniakan penat kerana banyak kerja bukan kerana xde kerja.. Semoga kerja2 ini yg dapat men'topup' amal ibadah yang tak seberapa. Hendak diharapkan pada solat, solat tidak khusyu’. Hendak diharapkan pada puasa, puasa pada zahir sahaja. Hendak diharapkan pada bicara, bicara banyak yang sia-sia. Hendak diharapkan pada kerja, kerja sekadar untuk dunia. Bertepatan dengan Ramadhan kareem ini, penulis nk share satu artikel, moga ia sedikit sebanyak menyentuh hati kita yg kadang2 terleka.. Semoga Ramadhan kali ini mendidik hati kita agar terjaga hubungan dengan Allah dan hubungan sesama manusia..

--Suatu ketika, Rasulullah SAW duduk bersama para sahabat di masjid. Lalu baginda SAW bersabda, “Akan masuk kepada kalian dari pintu itu pemuda dari kalangan ahli syurga.” Allah SWT telah menyampaikan perkara itu melalui Jibril AS.

Berpalinglah seluruh sahabat yang hadir ketika itu menanti siapakah pemuda bertuah yang bakal memasuki pintu itu. Pemuda yang telah meraih anugerah teragung yang di dambakan semua para sahabat dan orang-orang mukmin. Semua tertanya siapakah gerangan yang telah dinobatkan sebagai ahli syurga itu.

Lalu masuklah seorang pemuda dari kalangan badwi. Pemuda itu terus sahaja mendirikan solat dua rakaat. Setelah selesai dia berzikir seketika lalu bangkit meninggalkan masjid.

Keesokkan harinya Rasulullah SAW berada bersama para sahabat di masjid. Baginda SAW mengulang sabda yang telah diucapkan semalam. “Akan masuk kepada kalian dari pintu itu pemuda dari kalangan ahli syurga.” Betapa terkejutnya para sahabat bila mendapati pemuda yang sama memasuki masjid.

Keesokkan harinya, buat kali ketiganya Rasulullah SAW mengulang sabda baginda yang telah diucapakan semalam dan hari sebelumnya. Para sahabat yakin bahawa pemuda yang akan memasuki masjid kali ini merupakan orang lain. Bukan yang telah masuk pada dua hari yang lalu berturut. Ternyata mereka dikejutkan dengan masuknya pemuda yang sama dan pemuda itu tidak melakukan selain amalan yang telah dilakukan pada dua hari sebelumnya iaitu solat dua rakaat, berzikir sebentar lalu meninggalkan masjid.

“Tidak syak lagi, pemuda ini telah diberi hidayah akan suatu kebaikan yang perlu aku ketahui apa yang diamalkan dan perlu aku fahami kisah sebenar pemuda ini.” Bisik Saidina Ali RA kepada hati kecilnya dan mula mengikuti pemuda itu ketika dia keluar dari masjid. Saidina Ali RA mengikutinya dari kejauhan hinggalah pemuda itu tiba di rumahnya. Saidina Ali RA segera memanggil pemuda itu.

“Siapa kamu?” Tanya pemuda itu ketika melihat Saidina Ali.

“Tetamu.” Jawab Saidina Ali RA ringkas.

Pemuda itu meraikan kehadiran Saidina Ali dan menjadikannya tetamunya selama tiga hari. Selama tiga hari itulah Saidina Ali RA memperhatikan segala amalan yang dilakukan pemuda itu. Maka Saidina Ali melihat dia mengerjakan solat fardhu dan sunat. Tetapi dia tidak melihat pemuda itu mengerjakan solat malam, tidak pula mengkhatamkan Quran pada setiap hari atau tidak pula duduk lama bertasbih.

Saidina Ali RA akhirnya memanggil pemuda itu agar duduk di dekatnya.

“Wahai pemuda, ceritakanlah kepadaku tentang dirimu. Sesungguhnya telah bersabda Rasulullah SAW tentang kamu yang merupakan dikalangan ahli syurga. Beritahulah kepadaku penyebab itu.” Tanya Saidina Ali RA.

“Demi Allah aku tidak melaksanakan amalan melebihi apa yang engkau lihat dariku. Aku tidak banyak mendirikan solat seperti kalian, tidak juga berlama mengucapkan zikir dan tidak pula aku mampu mendirikan solat malam akan tetapi sesungguhnya aku tidak pernah meletakkan kepalaku di atas bantal melainkan dadaku kosong dari ghillun (kebencian, hasad, dendam atau sakit hati) terhadap sesiapa pun.” Jelas pemuda itu.

“Dan kami lenyapkan seluruh rasa dendam di hati mereka, mereka merasa bersaudara duduk berhadap-hadapan di atas tilam-tilam.” [Al-Hijr : 47]

1 comment:

  1. Best entry ni, membantu abangnagh menyuburkan sifat mahmudah. Moga-moga Allah buang sifat buruk dalam diri kita.

    ReplyDelete