Saturday, August 1, 2009

Hilangkan penat dengan senyuman..

Siapa penat? kita senyum dulu..
Orang beriman, sekalipun penat mampu mengukir senyum

“Penat!, Penatnya…kenapa penat sangat ni?, Aduii penat sangatlah. Tolonglah, acik penatlah, tak tahan penat sangat hari ini,” dan macam-macam lagi ngomelan penat yang ada. Semenjak dua menjak kebelakangan ni, saya rasa teramat penat. Harapnya tak lah penat tu berpanjangan sehingga tiga menjak empat menjak lima menjak ke hadapan pula. Erm, taklah sibuk sangat dengan kerja. Baru awal bulan, tak pening lagi dengan laporan bulanan, stokis dan tuisyen..
Ok, kembali semula ke topik penat. Bila penat, sudah tentu dikaitkan dengan kerja. Orang Islam kerja kerana agama. Orang Cina kerja kerana untung. Orang Barat kerja kerana kuasa. Orang Indon kerja kerana tiada kerja - tiada kerja kat negara sendiri. Orang malas kerja kerana terpaksa. Dan Along kutip hutang kerja untuk mengerjakan orang. Setiap orang bekerja dan rasa penat. Kerana itu, setiap orang wajib mencari motivasi bekerja. Agar yang penat itu menjadi manis untuk dikenang-kenang di hujung bulan.
  • Bekerja untuk untung, itulah motivasi orang cina.
  • Bekerja untuk kuasa, itulah motivasi orang barat.
  • Bekerja untuk agama, itulah motivasi orang Islam.

Anda pula bekerja untuk apa? Untuk dunia? Untuk Akhirat? Kalau untuk dunia, itu benar. Untuk makan, minum, rumah, anak-anak nak sekolah, hantar mak ayah pergi hospital, beli kereta, kahwin, kawan, beli coklat dan beli apa-apa saja. Kalau untuk akhirat, itu juga benar. Dapat gaji, infak untuk agama. Pendapatan selebihnya kutip di Syurga. Kalau untuk dunia dan akhirat, itulah yang paling benar. Ya, kerja perlu seimbang dunia dan akhirat. Tidak melebihkan antara keduanya. Tetapi seimbang dan sederhana. Sebenarnya sibuk atau tidak, banyak kerja atau tidak, kedua-duanya tetap rasa penat. Cuba kalau kita dah sibuk Ahad hingga Khamis, lepas tu jumaat sabtu kita rehat dan tak buat apa-apa, pasti badan kita mula terasa penat dan sakit-sakit. Betul tak? Sebabnya, kita dah terbiasa dengan kerja dan bila badan tidak digerakkan, kita rasa tak sedap badan.
Sama juga macam orang yang kuat tidur. Banyak tidur tu bukan merehatkan tapi memenatkan. Sebab itu orang yg suka tidur dan bermalas-malasan kelihatan lembik, buntu, lambat bertindak dan pasif. Seolah-olah macam dia pula yang terlebih penat dari orang yang kuat kerja. Orang yang penat kerja kerana agama, penatnya hanya fizik dan jasad. Namun, jiwanya sekali-kali tidak pernah penat. Sumber inspirasinya adalah Allah, sumber tenaganya adalah Allah, sumber ucapannya adalah zikrullah, tingkah lakunya membesarkan Allah, ilhamnya dari Allah. Allah sentiasa sebati dalam setiap rona hidupnya.
Orang yang malas itulah orang yang paling penat. Bukan sahaja penat, tetapi tenat. Penat dengan dosa malasnya, tenat dengan kemunduran jiwanya. Sibuk atau tidak sibuk, kedua-duanya penat. Jadi pilihlah, mahu penat yang bermakna atau penat yang sia-sia…


"Mai secawan...", minumlah Radix, hilangkan penat!

No comments:

Post a Comment