Friday, May 8, 2009

PERINGATAN BERSAMA

Hukum solat Jumaat dan Jamaah bagi wanita

Tidak ada khilaf bahawa perempuan tidak diwajibkan solat jumaat. Ibnu Munzir telah
berkata dalam kitabnya (Ijmak):


"Telah bersepakat semua ulama yang kami tahu; tidak wajib solat jumaat kpd wanita."
Dalilnya adalah hadis Nabi s.a.w:


الجمعة حق واجب على آل مسلم في جماعة إلا أربعة:عبد مملوك أو إمراءة )
(أو صبي أو مريض

Maksudnya: Solat Jumaat adalah hak yang wajib bagi setiap Muslim secara berjemaah
melainkan 4 golongan:


1. HAmba sahaya.
2. Perempuan.
3. Budak yg tak balig.
4. Pesakit. (HR Abu Daud).

Perempuan yang pergi solat Jumaat
Perempuan dibenarkan pergi solat jumaat, walaupun sembahyang di rumah lebih baik. Ini
berdasarkan hadis Nabi s.a.w:


(لاتمنعوا نساءآم المساجد وبيوتهن خير لهن )

Maksudnya: Jangan kamu tegah isteri dan anak perempuan kamu untk solat di mAsjid;
Solat di rumah lebih baik bg mereka.(HR Abu Daud)
Jika mereka hendak ke masjid hendaklah mereka dalam keadaan yang tidak
menimbulkan fitnah seperti memakai wangian dan sebagainnya. Nabi bersabda:

(لا تمنعوا إماء الله المساجد ولكن ليخرجن تفلات )

Maksudnya: Janganlah kamu tegah wanita-wanita di bawah tanggunganmu ke Masjid;
tetapi hendak mereka keluar dengan tidak memakai wangian.(Bukhari dan Muslim)
Ke masjid pun tak boleh wangi-wangi inikan ke tempat-tempat yg lain. Wanita hendaklah
tidak menjadikan diri mereka fitnah pada lelaki. Lelaki pula jnganlah cuba menimbulkan
fitnah pada diri wanita.

BERHATI-HATILAH PADA TIPU DAYA NAFSU DAN SYAITAN. BANYAK-BANYAK
BERSERAH PADA ALLAH..


Adakah perlu melakukan solat Zuhur?
Perempuan yang sudah solat Jumaat tidak perlu solat Zuhur. Ibnu Munzir berkata:
Para ulama telah bersepakat mana-mana wanita yang telah solat jumaat maka itu
mencukupi baginya (tidak perlu buat solat zuhur); kerana gugur solat jumaat adalah satu
keringanan bagi mereka. Jika mereka buat yang lebih susah maka ianya memadai seperti
orang yang sakit.


Rujukan: Fiqh Al Mar’ah

No comments:

Post a Comment