Monday, March 8, 2010

Musafir harapan

Subhanallah...
Maha suci Allah, dengan izinNya alhamdulillah JS kembali lagi setelah sekian lama mengembara.
InsyaAllah dengan izinNya sama2 kita terus menyambung perjuangan kehidupan yang belum selesai ini. :)

Wednesday, November 18, 2009

Perempuan, isteri, ibu dan...

KUASA PUJUKAN PEREMPUAN :
* Kehebatan perempuan dalam pujuk rayu tidak dapat disangkal lagi. Tidak ada perempuan yang tidak mahir dalam seni ini. Kaum lelaki boleh dipujuk dan dirayu untuk melakukan apa sahaja mengikut kehendaknya.

* Beberapa contoh keruntuhan empayar yang dibina oleh lelaki disebabkan daya pujukan wanita :

1. Napoleon Bonarparte dan Josephine.
2. Anthony dan Cleopatra
3. Hitler dan Matahari
4. Samson dan Delila
5. Abu Lahab dan Hendon

* Beberapa contoh wanita yang menjadi kekuatan kepada kepimpinan seorang lelaki sehingga berjaya mengatasi segala ujian dan cabaran tanpa melemahkan semangat juang mereka dalam menegakkan kebenaran dan kekuatan agama :

1. Nabi Muhammad saw dan Siti Khadijah serta isteri-isteri baginda yang lain.
2. Nabi Ayub dan Siti Rahmah.
3. Nabi Ibrahim dan Siti Sarah serta Siti Hajar.
4. dan banyak contoh lagi orang-orang muslim yang lain.


KUASA KEJELITAAN PEREMPUAN
* Hal ini diketahui oleh semua orang. Kejelitaan perempuan boleh menumbangkan ramai lelaki hingga banyak yang terarah melakukan perkara-perkara yang tidak wajar. Sebaliknya kuasa jelita yang ada pada kaum muslimah boleh menimbulkan kecintaan yang tinggi terhadap Allah di mana seorang isteri boleh mempengaruhi suami dalam hal-hal yang diredhai Allah.


KUASA LAYANAN PEREMPUAN
* Kaum lelaki mudah goyah dan alah dengan layanan yang baik, apa lagi dari perempuan yang sangat dikasihi seperti isteri dan ibu. Layanan baik yang disalurkan kepada orang yang berhak menerimanya, bukan sahaja mendatangkan keredhaan Allah tetapi memungkinkan apa yang diminta akan dipenuhi dengan mudah.

KUASA DOA PEREMPUAN
* Doa perempuan lebih makbul dari lelaki kerana sifat penyayangnya lebih kuat dari lelaki. Sebagaimana hadis Rasulullah saw:

"Doa ibu itu lebih cepat makbul." Orang bertanya:"Kenapa ya Rasulllah ?" Jawab baginda : "Ibu lebih penyayang dari bapa dan doa dari orang yang penyayang tidak akan sia-sia."


KUASA TAQWA PEREMPUAN
* Ketaqwaan adalah kuasa paling sempurna dan terbaik dalam menangani apa jua masalah. Orang yang paling bertaqwa adalah orang yang paling dikasihi Allah. Allah tidak akan membiarkan orang yang dikasihiNya melainkan dipelihara serta sentiasa dirahmatiNya.

* Kuasa taqwa lebih mudah diperolehi oleh perempuan berbanding lelaki kerana kehalusan budi yang ada pada perempuan adalah merupakan penjara daripada melakukan hal-hal yang mendatangkan dosa. Berbanding lelaki yang sebahagian hidupnya berada di luar rumah serta terdedah kepada pelbagai godaan, cubaan dan ujian.

* Kekuasaan taqwa ini pula oleh kemuliaan yang diberikan oleh Allah swt sehingga setiap lelaki pasti memerlukan perempuan untuk menghirupkan udara ini atau dalam perkataan lain setiap lelaki pasti dilahirkan oleh perempuan kecuali Nabi Adam a.s. Sekuat-kuat lelaki, kuat lagi perempuan kerana lelaki itu sendirinya datang dari perut perempuan yang menghamilkannya dan melahirkannya ke dunia, kemudian melatih, mendidik, memelihara dari kecil hingga dewasa.

* Kemuliaan perempuan akan lebih nyata, jika ditambah dengan ketaatan kepada kaum lelaki yang berhak atasnya sebagaimana maksud hadis
Rasulullah saw:

"Perempuan yang taat kepada suaminya, semua burung di udara, ikan
di air, malaikat di langit, matahari dan bulan : semuanya beristighfar
baginya (isteri) selagi mana ia masih taat kepada suaminya dan
diredhainya (serta menjaga solat dan puasanya)."

Saturday, November 14, 2009

Cinta di rumah Hassan Al-Banna

Sumber: http://mujahideen-islam.blogspot.com/

Penulis kali ini membuka satu perkongsian ilmu tentang seorang syuhada, murabbi, da'ie dan pejuang Islam yang agung abad ini iaitu Imam As-Syahid Hasan Al-Banna. Semenjak penulis dipilih oleh ALlah untuk merasai nikmat bergerak dalam jamaah Islam, penulis sering tertumpu kepada pembacaan hasil-hasil karya as-syahid seperti risalah Ta'alim, Ke Mana Kita Menyeru dan sebagainya. Apabila penulis membaca karya2 as-syahid, maka penulis amat2 mengagumi pemikiran luar biasa yang ada pada diri as-syahid. Namun, apa yang penulis nak mengetengahkan di sini tentang keperibadian Hasan Al-Banna sebagai seorang ayah dan pada masa yang sama as-syahid juga seorang da'ie, penulis nak berkongsi ilmu bagaimana perilaku as-syahid di rumah ketika bersama keluarganya kerana ada hadis Nabi s.a.w yang di antara maksudnya ,"Dirimu mempunyai hak, keluargamu mempunyai hak".

Jika merujuk kepada penafsiran hadis ini, maka kita dapat mengetahui bahawa RasuluLlah saw menerangkan jangan biarkan diri kita membuat ibadah dengan mengabaikan langsung hak diri dan keluarga, bahkan sepatutnya ibadah kita kena seiring dengan penjagaan hak diri dan keluarga. Seperti mana satu hadis Nabi saw yang mengisahkan ada 3 orang para sahabat yang berjumpa Nabi dan menyatakan mereka ingin berpuasa tapi tidak mahu berbuka seumur hidup, tidak mahu berkahwin seumur hidup, dan mahu ber'Qiamullail' dengan tidak tidur seumur hidup. Tetapi RasuluLlah menegah dari berbuat demikian kerana ia menzalimi diri n menafikan hak diri. Cuma di sini, penulis sering terfikir dan mengamati sahabat2 yang telah berumahtangga bagaimana mereka dapat membahagikan masa antara keluarga dengan dakwah, adakah mereka dapat menghabiskan masa bersama2 keluarga mereka?? Itu persoalan yang berada di benak fikiran penulis. Bagi penulis yang masih belum mencapai 'darjat' itu, penulis rasa bersyukur kerana masih mudah bergerak sebab tiada komitmen seberat itu.

Jika merujuk kepada buku "Cinta Di Rumah Hasan Al-Banna", buku ini menceritakan tentang keperibadian As-Syahid Imam Hasan Al-Banna sebagai seorang ayah dan juga da'ie. As-syahid tidak pernah mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga terutama anak2nya iaitu Wafa', Saiful Islam, Tsana, Ir.Roja dan yang masi dalam kandungan iaitu Istisyhad. Apa yang ditekankan oleh as-syahid adalah hal ehwal anak2nya dari segi pentarbiyyahan dengan mendidik anaknya antaranya mengaji, dan membuat perpustakaan di rumah. Apa yang paling menyentuh hati penulis apabila as-syahid amat menitikberatkan mencatat sendiri rekod perkembangan anak2nya dari segi pelajaran, kesihatan dan dokumen2 penting sebagai rujukan as-syahid.

Dari segi hukuman pula, Saiful Islam berkata bahawa hukuman yang paling berat dikenakan oleh as-syahid terhadap beliau adalah ditarik telinga pada waktu pagi atas kesalahan yang beliau lakukan dan pada waktu tengaharinya, as-syahid menelefonnya dari pejabat untuk berdamai dan menenangkannya. Bagi as-syahid, hukuman bukanlah satu bentuk pentarbiyyahan yang baik tapi ia adalah semata2 untuk menyedarkan si anak bahawa diri si anak telah membuat kesilapan.


Tentang keperluan dapur, as-syahid sendiri akan mencatat barang keperluan yang hendak dibeli dan menyerahkan senarai barang itu kepada seorang sahabat ikhwan yang mempunyai kedai runcit untuk menyediakan barang2 keperluan tersebut. Jika anak2nya cuti sekolah pula, maka as-syahid akan membawa anak2nya bersiar2 ke utara.

Itulah serba ringkas diantara keperibadian as-syahid sebagai seorang ayah yang saya ambil sedikit dari buku "Cinta Di Rumah Hasan Al-Banna" dan beliau sesungguhnya telah berjaya mengamati, memahami dan menyelami hadis Nabi yang penulis nyatakan tadi. Keperibadian as-syahid sebagai seorang ayah harus diambil sebagai panduan kerana keperibadian inilah yang telah hilang dari kebanyakan para2 da'ie yang bergelar ayah.

"Sesungguhnya seorang ayah itu adalah pemimpin bagi isteri dan anak2nya" kerana lahirnya pemimpin itu dari tiga cara iaitu:

1) Pemimpin yang mencetak dirinya sendiri.
2) Pemimpin yang di angkat kerana keadaan.
3) Pemimpin yang memang dihantar oleh ALlah swt.

GEMBIRAKAN ISTERI YANG SEDIH

Perasaan sedih dikala tidak dapat melakukan sesuatu, atau tidak mendapat apa yang diinginkan adalah perkara lumrah yang wujud dalam diri setiap makhluk yang bernama manusia. cumanya, cara manusia menghadapi sedih itu tidak sama. Menangis, masam muka, memberontak dan berbagai-bagai lagi cara manusia menghadapi kesedihan.

Kebiasaan bagi perempuan, apabila mereka ditimpa sesuatu kesedihan, antara cara yang digunakan oleh mereka adalah dengan menitiskan air mata. Bermakna, air mata merupakan antara cara bagi perempuan menterjemah bagi kesedihan yang sedang dialami mereka.

Ini bukan bermakna, kaum lelaki tidak menangis di kala sedang bersedih. Tetapi, Keadaan ini berlaku kepada perempuan, disebabkan mereka dihadiahkan oleh Allah jiwa dan hati yang tidak sama dengan kaum lelaki. Hati dan jiwa yang dipenuhi kelembutan, disamping fitrah ketetapan dari Allah bahawa orang perempuan mempunyai sifat sedemikian.

Selalunya, apabila perempuan bersedih, mereka sebenarnya tidak menemui jalan penyelesaian terhadap masalah yang sedang menimpa. Ekoran itu, mereka meluahkan perasaan sedih itu melalui menangis.

Justeru, bagi menyelesaikan masalah tersebut, hendaklah diberikan jalan penyelesaian bagi meringankan atau menghilangkan terus perasaan kesedihan tersebut.

Jika diperhatikan kepada Hadis, didapati Rasulullah SAW menggunakan kaedah ini dalam mengembirakan hati isteri dikala mereka sedang bersedih.

Ini dapat dibuktikan dengan satu hadis riwayat Jabir bin Abdillah R.A yang berkata;

خَرَجْنَا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حُجَّاجًا لَا نُرِيدُ إِلَّا الْحَجَّ وَلَا نَنْوِي غَيْرَهُ حَتَّى إِذَا بَلَغْنَا سَرِفَ حَاضَتْ عَائِشَةُ فَدَخَلَ عَلَيْهَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهِيَ تَبْكِي فَقَالَ مَا لَكِ تَبْكِينَ قَالَتْ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَصَابَنِي الْأَذَى قَالَ إِنَّمَا أَنْتِ مِنْ بَنَاتِ آدَمَ يُصِيبُكِ مَا يُصِيبُهُنَّ

Maksudnya;
“Kami keluar bersama Rasulullah untuk menunaikan haji. Kami tidak mempunyai tujuan lain, melainkan ketika kami sampai di ”Sarif”. Di sana, Aisyah telah kedatangan Haid. Rasulullah SAW masuk berjumpa dengan Aisyah, didapati beliau sedang menangis. Bagi bertanya; ”mengapa kamu menangis?” Aisyah menjawab; ”Aku didatangi Haid”. Berkata Nabi : ”kamu adalah anak-anak perempuan Adam. Kamu akan ditimpa perkara yang sama ditimpa kepada anak-anak perempuan Adam[1]”.

Hadis yang dinukilkan ini, kita akan dapati bahawa Rasulullah SAW amat bijak dalam menggembirakan hati Aisyah yang sedang menangis ekoran kedatangan Haid yang sudah pasti membantutkan peluang beliau untuk menunaikan haji bersama Rasulullah SAW.

Rasulullah SAW sedar disebalik kesedihan yang dihadapi oleh Aisyah. Kesedihan itu berpunca, Aisyah tidak sedar bahawa kedatangan Haid merupakan perkara lumrah bagi semua manusia yang bernama Perempuan.

Justeru, bagi menghilangkan kesedihan tersebut, Rasulullah SAW bertindak menyebut tentang asal kejadian perempuan yang tidak boleh lepas dari kedatangan Haid. Asal kejadian ini, bukanlah perkara yang hanya menimpa kepada Aisyah sahaja, bahkan menimpa seluruh perempuan di atas muka bumi Allah SWT, sejak dari zaman nabi Adam, hinggalah ke akhir dunia.

Nah !! kita renungi hadis ini. kita akan dapati, kesedihan yang dihadapi oleh Isteri tidak selayaknya dibiarkan mereka terus menerus dengan kesedihan. Sebagai suami yang baik, sebarang kesedihan yang diketahui, hendaklah difikirkan cara dan kaedah bagi memberhentikan kesedihan tersebut.

Kesedihan yang menimpa isteri, jika dibiarkan, dibimbangi menghasilkan masalah di masa akan datang. Apabila sesuatu masalah tidak diselesaikan dengan segera, menyebabkan di masa akan datang, apabila masalah lain akan menimpa, pasti isteri tersebut akan menghadapi masalah yang bertimbun-timbun.

Apabila sudah banyak masalah yang sudah dihadapinya, memungkinkan mereka akan ditimpai masalah psikology jiwa yang juga memungkinkan berlaku berbagai-bagai kemungkinan yang tidak diingini. Seperti mereka akan susah hendak senyum. Susah hendak gembira. Tidak agrasif dalam bertindak dan sebagainya. semuanya berpunca dari permasalahan Psikology jiwa yang bermula dari kesedihan yang tidak diselesaikan.

Justeru, sebagai suami yang baik. Jadikan hadis ini sebagai panduan bagi mendapatkan kasih sayang antara suami Isteri yang berpanjangan. Lebih-lebih lagi, jika kaedah menyelesaikan masalah tersebut digunakan cara yang romantik, kata-kata manis, ucapan-ucapan memuji yang sudah pasti dapat menghasilkan natijah kebahagiaan dalam mengharungi lautan rumahtangga yang kadangkala tenang dan kadangkala bergelora.

Sekian

Wallahu ’Alam

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com/

Saturday, November 7, 2009

Muslimah puteri harapan



Bismillahirrahmanirrahim

moga ianya sebuah perkongsian yang bermanfaat..Bi Iznillah..InsyaAllah


IMPIANKU


Menyelak buku yang dihadiahkan oleh seseorang, "Wanita Solehah : Kedudukan dan Personaliti Serta Ciri-cirinya" hati tersenyum namun gusar di hati sukar untuk ditafsir. Mampukah diri ini bergelar wanita solehah? Mampukah diri ini menjadi wasilah kepada sebuah pembentukan usrah muslim untuk mentarbiyyahkan anak-anak dan keluarga dengan berpandukan AlQuran dan assunnah? Benar, tanggungjawab itu terlalu berat, maharnya terlalu mahal untuk meraih syurga di sana.

Dengan arus kehidupan globalisasi, mehnah seringkali menggoyah kekuatan diri. Andai tiada sandaran yang ampuh, sudah pasti diri ini akan rebah akur dengan kehendak duniawi.Hati seringkali menangis melihat muslimah sekarang. Sekalipun kemajuan dan kemewahan terhampar namun ia membuatkan kita semakin jauh daripada keberkatan dan rahmat kasih sayangNya. Kita dilalaikan dengan ehwal duniawi, sedangkan janjiNya adalah pasti! Dunia sudah tua benar! Ia hanya menanti masa tunggu dipulihkan dengan tiupan sangkakala.

Tika dan saat itu, adakah kita dijanjikan untuk taubat yang akan diterima? JanjiNya itu pasti! Mati juga pasti! Sesungguhnya kita tidak pernah dijanjikan umur yang beratus tahun. Jadi, di manakah titik persetujuan bahawa kita perlu menunggu usia emas untuk bertaubat dan beribadah menutup lompang kejahilan di usia muda? Tiada perjanjian itu!

Ana, dan saudari semua takkan tahu bila ajal kita akan datang. Tahukah kita, malaikat maut sentiasa menziarahi kita. Kunjungan hormat, walaupun tiada terzahir oleh mata zahir namun hati mampu merasainya. Jika hari ini adalah hari terakhir kita di dunia ini, sudah bersediakah kita untuk mengadapNya? Berapa banyak amal yang telah tersedia sebagai bekalan selamat di sana? Sudahkah kita tunaikan hak diri kita sepanjang usia kita? Aurat, akhlak, amalan ibadah… bagaimanakah timbangan semuanya itu? Cukupkah untuk kita berlalu pantas pada titian sirat? Ataupun kita perlu merangkak, lantaran bekalan kita terlalu naif.

Saudariku tersayang, atas dasar kasih sayang ini, ana memohon muhasabahlah diri. Tiada manusia yang akan sempurna, namun bukan satu perkara yang salah untuk kita sentiasa berubah ke arah kesempurnaan.
Renung-renungkanlah. Adakah aurat kita terjaga? Pakaian kita adakah seperti yang islam anjurkan? Akhlak kita adakah mengikut lunas syariat? Siapakah turutan keutamaan dalam amalan kehidupan kita? Ketahuilah, Islam adalah agama yang syumul dan ia takkan menyusahkan pengikutnya! Ayuh, lapangkan hatimu. Lihatkan keindahan Islam yang tersedia buatmu muslimah. Setiap perkara yang islam bahaskan adalah demi kebaikanmu.

Jadilah muslimah yang menjadikan Deen sebagai pakaiannya, jadikan malu itu sebagai kehormatanmu. Janganlah cemarkannya. Ketahuilah jua, dirimu dan diriku adalah wanita istimewa, nilaian wanita muslimah terlalu mahal. Sanggupkah kita merendahkan mahar yang semahalnya itu dengan akhlak yang buruk, dengan pakaian kita yang tidak menutup aurat, dengan tindakan kita yang kurang sopan.

Islam ditegakkan atas darah syuhada, jangan cemarkan darah itu dengan ketaksuban kita kepada kemajuan yang tiada keseimbangan rohaniyyah. Seandainya di suatu malam, air mata kita menitis kerana kita insaf, bergembiralah wahai temanku. Itulah khabaran gembira, Dia sudi memberikan hidayahNya yang tidak pernah siapa menjangka.

Berubahlah ke arah kebaikan, sesungguhnya pintu taubat sentiasa terbuka buatmu. Seandainya ada dosa-dosa lalu, Dia menjanjikan keampunan pada mereka yang sentiasa bertaubat. Biarkan kemungkaran lalu menjadi mimpi buruk buat kita, hiduplah dalam alam nyata, bahawa dirimu muslimah terlalu indah untuk dipertontonkan di khalayak.

Diri ini akan menjadi insan paling gembira jika titipan mesra ini dibaca oleh muslimah, lalu ia muhasabahkan dirinya. Berubahlah demi kebaikan, kerana dirimu dan diriku jua berhak meraih syurga firdaus yang dijanjikanNya!

Ameen..Bi Iznillah Ya Rabbana..
kredit kepada penulis asal:http://www.mail-archive.com/hidayahnet@yahoogroups.com

Wednesday, November 4, 2009

Prevention is better than cure

Ada 4 cara mendiagnos penyakit.

Tapak tangan
Nadi
Anak mata (iridologi) dan
Lidah.

Kesembuhan bergantung kepada beberapa faktor utama :
SPIRITUAL : 50%
MENTAL : 20%
EMOSIONAL : 20%
FIZIKAL : 10%

Surah Al-Insyirah ayat 5-8 : Sesungguhnya disamping kesukaran ada kemudahan. Sesungguhnya disamping kesukaran ada kemudahan. Apabila engkau telah selesai (mengerjakan sesuatu pekerjaan maka bersusah payahlah mengerjakan yang lain. Dan kepada tuhanmu berharaplah.

> Doa adalah senjata orang beriman, tiang agama dan cahaya langit dan bumi. (Abu Ya’la dan Al-Hakim)
> Dan sesungguhnya doa itu memberi manfaat kepada yang telah diturunkan dan kepada yang belum diturunkan. Dan tidak ada yang dapat menangkis ketetapan Allah kecuali doa, sebab itu berdoalah kamu (Riwayat : Al-Tarmizi)

Firman Allah s.w.t : Surah Fushilat : 53

” KAMI AKAN MEMPERLIHATKAN KEPADA MEREKA TANDA KEBESARAN KAMI DISEGENAP PENJURU DAN PADA DIRI MEREKA SENDIRI, SEHINGGA JELASLAH BAGI MEREKA BHW AL QURAN ITU ADALAH BENAR. TIDAK CUKUPKAH BAGIMU TUHANMU MENJADI SAKSI ATAS SESUATU.”

Dari mana datangnya penyakit? Hadis Rasullah mengatakan punca penyakit adalah disebabkan oleh ketidak seimbangan racun, suhu dan angin yang akhirnya akan menyebabkan kepada kelemahan organ.

Soalan : Bagaimana ingin mengetahui kelemahan organ?
Jawaban : Diagnos dan tanya soalan.


Soalan Untuk 5 organ utama :
1. Perut
2. Usus
3. Buah pinggang
4. Jantung
5. Paru-paru


JOM periksa tapak tangan masing masing dan kesan penyakit pada diri anda sendiri. Maha kuasa Allah yang menjadikan sesuatu tidak sia sia.


Soalan Untuk Cek Perut
- Adakah anda terlalu banyak sendawa selepas makan?
- Adakah anda berasa pedih dibahagian perut apabila lambat makan?
- Adakah anda berasa pedih di ulu hati?
- Adakah perut terasa kembung dan banyak angin?


Jika semua jawapan ya …. hmmm mungkinkah anda terkena gastrik?
Mari kita diagnos melalui tapak tangan pula…
Apakah tanda-tanda Gastrik yang boleh dilihat ditapak tangan anda?
Tanda-tanda Gastrik
Tanda – Urat Biru / Hijau Di Tepi Perut Ibu Jari
Simtom – Cepat Letih, Mudah Lapar, Sakit di Ulu Hati
Punca – Makan Tidak Menentu, Makanan Pedas
Diantara Herba yang boleh anda cuba : D’Karm, Spirumadu, Teh herba, Tuju Angin, Madu Asli, Kopi Radix (Herba Diambil Selepas Makan) bersama-sama atau berasingan, ambil mana-mana 2,3 atau ambil semuanya…


Tanda-tanda ada kelemahan pada Paru-Paru, Resdung, Alergi, Asthma
Tanda – Urat Biru / Hijau
Simtom – Rambut Gugur, Buasir, Kulit Kepala Kering, Mata – Hidung Berair, Kerap Bersin, Gigi Berdarah, Mudah Letih, Keputihan, Cepat Penat, Hidung Kurang Deria Ciuman, Sering Bermukosa
Punca – Paru-Paru Bermasalah, Sistem Pencernaan, Masalah Darah
Herba – Coscinium, D’Deu, D’Det, Roselle, Morin-A, Spirulina, Madu Asli, Teh Herba

Diabete Militus (DM) / Gula Dalam Darah
Tanda – Di Pangkal Kuku Berwarna Gelap
Simtom – Mudah Letih, Sering Dahaga & Lapar, Penglihatan Kabur, Banyak Makan tetapi Berat Badan Menurun, Mudah Berbisul tapi Lambat Sembuh, Kerap Kencing dan Dihurungi Semut
Punca – Gula Berlebihan, Sembelit
Herba – Kopi Radix, Plantisol, Herba Rebusan Kencing Manis, Teh Herba

Hormon Tidak Seimbang
Tanda – Bulan Sabit Terbalik pada Kuku Jari selain daripada Ibu Jari
Simtom – Mudah Marah, Mudah Sedih, Kemurungan Yang Mendalam, Perasaan Rendah Diri
Punca – Faktor Keturunan, Pendedahan Berlebihan Kepada Medan Elektromagnet, Faktor Suhu Tubuh Yang Tidak Seimbang, Tidur Yang Tidak Berkualiti, Tekanan Berterusan
Herba – Paramaria, Radix, Senggugut, Sprirulina, Teh Herba, D’Karm, D’Deu, Lady Cheer, Keputihan

Jari Kelingking Mewakili Rahim Wanita
Tanda – Jari Kelingking Meruncing, Membengkok
Simtom – Haid Tak Teratur, Senggugut, Keputihan,Peranakan Jatuh
Punca – Sembelit Yang Teruk, Tulang Belakang, Stress, Keputihan, Senggugut
Herba – Paramaria, Senggugut, Teh Herba, Roselle, Keputihan, Omega 3, D’Deu, Herba Tuju Angin

Tanda – Tapak Tangan Berlopak
Simtom – Sakit Belikat, Sakit Tulang Belakang, Kebas Dan Lenguh, Mudah ke Saraf Lumpuh, Lemah Tenaga (Lelaki), Rahim (Wanita)
Punca – Stress, Berkait Dengan Imuniti, Kemalangan
Herba – Madu Asli, Teh Herba, Minyak But But, Roselle, Mengkudu

title=”ghout” width=”295″ height=”270″ class=”alignleft size-full wp-image-700″ />

Ghout
Tanda – Hujung Jari Bengkok
Simtom – Sakit Pada Tapak Kaki Apabila Bangun Pagi
Punca – Asid Urik Yang Tinggi
Herba – Teh Herba, Malac, Ardisia

PERHATIKAN JUGA:

Adakah tapak tangan anda berwarna merah, itu menunjukkan kolestrol anda tinggi, awas dengan penyakit darah tinggi (awasi paras kolestrol anda) , dibimbangi juga salur darah anda akan/sedang/boleh jadi tersumbat.

Atau tapak tangan anda pucat itu menunjukkan anda Kurang Darah / Darah Rendah.

Atau tapak tangan anda hitam dan gelap walaupun anda berkulit cerah itu menunjukkan badan anda banyak toksid / banyak racun / banyak bahan tidak berguna yang patut disingkirkan.

Harap anda semua sihat dan orang yang sihat mempunyai tapak tangan kemerah merahan (bukan merah kuat) + putih.

Selalulah periksa tapak tangan anda sendiri dan perhatikan perubahannya dalam tempoh 2 minggu sekali. Terutama jika nada mengambil herba herba tertentu atau mengikuti mana mana rawatan.

Jika anda mempunyai simptom penyakit-penyakit tertentu sila rujuk

http://go4halal.wordpress.com/senergi-produk/ untuk mengetahui apakah sinergy produk yang sesuai anda ambil. Jika sinergy tiada dalam senarai anda boleh sms untuk dapatkan sinergy yang tepat dari Tn. Hj. Ismail sendiri.

Taip: RADIX (jarak) INFO (jarak) SH (kod penyakit) dan hantar ke 33886

JANGAN BIARKAN DIRI ANDA DISELUBUNGI MISTERI…-:)

Peringatan: Diagnos yang tepat mesti diperolehi dari herbalis yang mahir atau anda hadir ke kelas. Yang saya paparkan hanyalah untuk panduan semata-mata apabila anda hadir kelas anda akan lebih memahaminya.


Ini ialah gambarajah mata. Ia boleh dibaca dan penyakit boleh dikenalpasti melalui bacaan-bacaan seperti didalam carta. Namun untuk mendalami ilmu ini, anda perlulah menghadiri kelas formal dengan herbalis yang bertauliah.




Urutan refleksi adalah merupakan kaedah rawatan yang diajar dalam HPA. Perlu hadiri kelas untuk memahirkan diri dalam ilmu ini. Point point tertentu boleh membantu memberi kelegaan kepada pesakit.

Carta tangan:





Carta kaki:

Tuesday, November 3, 2009

Harga Akhirat $$$



” Yang Menciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa, Maha Pengampun” Al-Mulk : 2

‘Work Like You’ll Live Forever. Pray Like You’ll Death tomorrow’
Berturut-turut perancangan Allah yang Maha Agung membuktikan kekuasaanNya mematikan dan menghidupkan. Itu yang disedari bahkan yang tidak disedari, dikatakan tiap-tiap minit pasti akan berlaku kematian. Hebat sungguh perancangan ALLAH. Mana tidaknya, Malaikat Izrael; si Pencabut Nyawa, check tarikh dan waktu kematian kita 22 kali satu hari. Maka tidak hairanlah ALLAH adalah SEBAIK-BAIK PERANCANG.

Kalau kita renung kembali sejarah-sejarah Gemilang para sahabat dan para syuhada’, kita pasti tertanya apakah faktor yang membuatkan mereka begitu hebat dan dahsyat. Ternyata keimanan yang teguh menjadi noktah bidayah yang merasuk diri hinggakan mereka berubah total. Dan jenarator ini telah menjana pandangan yang cukup luas menjangkau AKHIRAT.

Ramai manusia yang inginkan pengakhiran yang baik dan tenang. Namun persoalan yang perlu ditanyakan, BERAPAKAH HARGA AKHIRAT mereka???
Kita lihat kembali sejarah lampau. Suka skali saya berkongsi sirah shbt Rasulullah bernama ABDULLAH ZUL BIJADAIN. Seorang yang dirasuk keimanan dan dipengaruhi Kebahagiaan Akhirat hinggakan sanggup berusaha all out untuk pastikan pak ciknya memeluk Islam. Beliau menjual Dunianya dengan harga yang murah lantas membeli Akhiratnya dengan harga yang MAHAL. Maka Allah berikan kepadanya Kehidupan Akhirat penuh kemewahan dan kebahagiaan.

Tak terbayang di fikiran kita apabila dikhabarkan bahawa ‘nikmat di dunia hanya SATU TITIS DARI NIKMAT DI AKHIRAT’. Andai kita cuba titiskan air daripada satu baldi, maka itulah persaaan dengan kecilnya nikmat dunia.

Kita lihat pula orang yang telah membeli dunia dengan harga yang mahal, tetapi menjual akhiratnya dengan harga yang murah. Kalian pasti kenal Mustafa Kamal Ataturk Laknatullah.
Insan yang cukup zalim menjatuhkan Khilafah Turki Uthmaniyah, benteng terakhir ummat Islam. Dia bertungkus lumus penuh kudrat untuk merosakkan daulah Islamiyah, dan ALLAH balas dengan seksaan yang cukup setimpal..
Agaknya berapa lamakah tempoh sakaratul maut untuk Kamal Ataturk???
Di atas kezalimannya, ALLAH menghukumnya dengan menetapkan tempoh sakaratul mautnya selama 4 BULAN!! Bayangkan…
Badannya panas tak terhingga, hinggakan dimandikan dengan air ais ditengah-tengah Laut Mediteranean pada musim salji pun, masih blum hilang panasnya.. Alangkah seksanya dia. Tapi itu baru di dunia, bagaimana pula di alam kubur, bagaimana di alam akhirat…pastinya menggereunkan dan menyeksakan.
Inilah contoh yang ALLAH tunjukkan pada kita, insan yang tidak menghargai nilai Akhiratnya dan menjual Akhiratnya dengan HARGA YANG MURAH.



Justeru, mari kita fikirkan kembali. Berapakah niai yang kita letak untuk akhirat kita. Ingat!! Jika kita menjual DUNIA dgn harga yang rendah dan membeli AKHIRAT kita dengan harga yang tinggi, nescaya kita akan peroleh kebahagiaan yang hakiki. Saya tidak mengajak untuk terus tinggalkan Dunia tetapi ingat ‘Letakkan dunia di tangan kamu, nescaya akhirat di hatimu’.
Ayuh kita bermusafir sambil mentafsir!!

kredit kepada penulis asal: http://rafhan.eruditez.com/